Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 Mei 2010

Kisah Samy Vellu @ Vell Paari @ KP Samy

  1. Samy Vellu atau nama penuhnya Samy Vellu Sangalimutuhu yang berusia 74 tahun pada 3 Mac lalu, adalah Presiden terlama dalam sejarah MIC dan kedua terlama dalam Kabinet Malaysia selepas Tan Sri Rafidah Aziz . Pertama kali beliau bertanding ialah pada tahun 1974 dua tahun selepas ditauliahkan sebagai arkitek. Usia beliau menjadi Presiden sudah menjangkau 31 tahun bermula tahun 1979. Penggal beliau berkuasa dijangka tamat 21 mei 2012 selepas 11 penggal memegangnya.
  2. Kisah menarik tentang Samy Vellu ada ditulis dengan pedas dan berapi oleh GAP di sini. Rupa-rupanya beliau pernah menentang Presiden ketika muda dan tidak peliklah jika beliau juga telah ditentang beberapa kali. Bezanya Samy Vellu sedia menentang tetapi dia enggan ditentang apatah lagi diancam sedikitpun. Ramai musuh politiknya telah tumbang dengan 'aura' beliau yang tidak mampu disanggah oleh sesiapa pun setakat ini.
  3. Semalam sejarah ahli MIC dipecat kerana lawan Samy Vellu bertambah lagi. Timbalan Ketua Pemuda MIC, V.Mugilan telah dipecat kerana mendesak Samy Vellu meletak jawatan. Sudah ramai yang dipecat dari parti termasuk dua lagi yang turut mendesak Samy meletak jawatan iaitu KP Samy dan G Kumar.
  4. Berlainan dengan UMNO meskipun ketika proses peralihan dari Pak Lah kepada Dato Najib berlaku desakan demi desakan oleh ahli agar Pak Lah meletak jawatan tetapi tidak ada (seingat saya) yang dipecat kerana desakan mereka agar Presiden meletak jawatan.
  5. Desakan agar Samy Vellu meletak jawatan timbul ketika proses peralihan dalam MIC sudah pun diumumkan oleh Presiden MIC tersebut. Namun tiba-tiba muncul kenyataan tidak diundang oleh anak tunggalnya Vell Paari semalam, yang dengan angkuh telah menuduh UMNO sebagai punca segala penolakan rakyat Cina dan India kepada BN seperti laporan Utusan Malaysia di sini
  6. Dakwaannya beliau menyalahkan UMNO tidak mengamalkan konsep kesamarataan dan telah melakukan perkara yang tidak disukai kaum India seperti meruntuhkan kuil, menarik lesen pengedar besi buruk dan juga penahanan pemimpin Hindraf. Walhal yang terjadi ialah Samy Vellu yang menyuruh kuil di Rimba Jaya, Selangor diruntuhkan seperti tulisan Keris Putera di sini
  7. Terbaru Timbalan Perdana Menteri hari ini telah menyifatkan kenyataan anak Samy Vellu tersebut sebagai biadap. Ya, sungguh biadap kerana menjadikan UMNO sebagai kambing hitam selepas sekian lama merasa menikmati kemakmuran bawah UMNO sebagai tonggak Barisan.. Memang patut kenyataan anak Samy Vellu yang menjadi CEO syarikat MIC iaitu Maika Holding tersebut dikatakan amat biadap.
  8. Isu Maika Holding yang diterajui oleh Vell Paari telah lama menghantui masyarakat India sejak ia ditubuhkan 36 tahun yang lalu dan ia baru sahaja dapat diselesaikan apabila Tan Sri G.Gnanalingam (CEO Westport ) telah bersetuju ambil alih syer dalam syarikat MAIKA pada 22 April 2010 yang lalu dengan pembelian berjumlah RM 106 juta. Selama ini MAIKA Holding gagal memberi pulangan dividen kepada pemegang sahamnya seperti laporan Mstar di sini
  9. MIC hari ini, seperti sudah nyanyuk kerana sudah tidak ingat lagi jasa yang diberikan oleh UMNO sehingga kaum India telah mencapai banyak kemajuan dari berbagai aspek kehidupan berbanding kaum India di negara lain. Beginikah balasan yang sepatutnya diterima oleh UMNO?
  10. Kenapa perlu UMNO disalahkan atas penolakan kaum India terhadap MIC? Bukankah BN sememangnya perlu ditunjang oleh UMNO kerana majoriti penduduk Malaysia adalah Melayu dan jumlah kerusi terbanyak juga dimiliki oleh UMNO? Bahkan sehingga kini tidak ada pun kawasan marginal / majoriti pengundi kaum India namun BN tetap memberi laluan kepada MIC untuk menjadi calon . Adakah MIC sudah lupa fakta ini ?
  11. Sekali lagi MIC seperti tidak dapat menerima kenyataan ditolak oleh rakyat dan tidak mahu menerima kritikan sebaliknya tergamak pula melontarkan segala 'najis' kepada sahabat baiknya UMNO demi menjaga ego diri sendiri.
  12. Akhir sekali Samy Vellu perlu turun dari jawatannya dengan SEGERA demi memastikan MIC tetap relevan sebagai komponen utama BN atau kita perlu mencari alternatif lain bagi memastikan kaum India tidak lari menyokong parti pembangkang.
  13. Barah yang bernanah perlu dicarikan ubat atau dipotong agar tidak merebak ke tempat yang lain atau seluruh tubuh akan menerima kesannya dalam jangka masa yang panjang...





Ditulis mula jam 5.35 pm dan siap jam 6.45

2 ulasan:

Wake UP! berkata...

Samy Vellu tak sedar diri. Dulu dia pernah buat pada Presiden MIC, sekarang dia pulak yang rasa. What goes around, comes around.

Tools of the Illuminati in Malaysia.

scudesign sdn bhd berkata...

salam,

sebagai seorang arkitek graduan berdaftar dgn Lembaga Arkitek Malaysia dan lepasan IPT dlm sarjana arkitek saya minta pihak tuan periksa semula dan sahkan perkara berikut : (sila rujuk di web Lembaga Arkitek Malaysia)

1. Samy Vellu tidak pernah berdaftar sebagai 'Arkitek Professional' (yang boleh bertanggungjawab bila tandatangani pelan dll). Dia cuma seorang pelukis pelan disebuah firma arkitek dan aktif dalam politik pada zaman mudanya.(Beza sangat besar antara Pelukis Pelan 'Draughtmen' & arkitek 'Architect').

2.Disebabkan jawatan dlm kabinet kerajaanlah maka dapatlah dia gelaran Ar. (Architect Professional) tanpa kebenaran utk menandatangani pelan dan bertanggungjawab keatas apa2 projek @ rekabentuk bangunan. Serupa dlm tentera ATM (bagi kebanyakan kes), bila seorang VIP diberikan gelaran Kolonel 'Kehormat'cthnya. Pangkat, tanpa tanggungjawab atau kemahiran untuk memimpin mana-mana trup tentera dlm masa perperangan. itupun tak silap saya, perlu menyertai kursus tertentu terlebih dahulu.

sila betulkan fakta tersebut didlm blog tuan, apabila tuan selesai memeriksa fakta tersebut. Kami yg sedang mengejar gelaran Ar. ini menghabiskan banyak masa, tenaga,rm dll dgn jerit perih utk dapatkan hak dan gelaran tersebut. tolong jangan berikannya kepada yg tidak layak hanya kerana terkeliru fakta.

tq
shahrer zin
A/GM 348 Graduate Architect LAM

Cari Blog Ini

Translate