Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Julai 2010

Catatan Panglima @ Final Imam Muda & Gambar Mawi Ekin Bersama Mudirnya !


bacaan doa sebelum program bermula


berdebar menunggu keputusan diumumkan


Berselawat menutup majlis



Mawi dan Ekin bersama Mudir Imam Muda


Semalam alhamdulillah Panglima berkesempatan menyaksikan final Imam Muda secara langsung di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur. Jemputan dari Astro amat dihargai dan diharapkan dapat lagi pada masa akan datang.

Sebelum program Panglima sudah mengagak Asyraf bakal menjadi johan berdasarkan kepetahannya bercakap, kemantapan hujjahnya serta sikap 'low profile' dan 'friendly' membuatkan sukar untuk beliau dinobat sebagai naib Juara.

Namun Imam Muda Hizbur tidak kurang hebatnya. Pengalaman mendengar alunan suara gemersik beliau yang lebih merdu dari Imam Muda Asyraf telah membangkitkan semangat iman di dada !

Apa pun tahniah kepada Astro atas penganjuran program ini dan kalau boleh dijelaskan sedikit berhubung tindakan menggabungkan kedua finalis ini melaungkan azan (berduet)samada ia boleh atau tidak dalam konteks syariah.

Begitu juga ketika membacakan ayat Al Quran perlu dihalusi lagi cara dan adabnya kerana ayat Al Quran tidak sama dengan qasidah atau lagu yang boleh didendangkan sesuka hati dengan pergerakan yang bebas.

Sekali lagi tahniah kepada Astro dan JAWI atas kejayaan ini dan moga semangat anak muda remaja kita untuk menjadi orang beragama akan bertambah dan semangat ibubapa untuk melahirkan anak yang soleh dan bertaraf imam akan meningkat.

apatah lagi ketika mana kita teruk diasak oleh musuh Islam dari enam penjuru untuk melemahkan kita dengan berbagai cara dan gajet agar kita berpaling dari mengingati ALLAH ALLAH tiap masa..

Salam hujung minggu...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gempar! dap terlibat dgn pembunuhan kejam ahli majlis di perak
http://skandalpolitik.blogspot.com/

Aleh Kayong berkata...

salam panglima perang,

semoga program ini berterusan demi memartabatkan islam yang semakin kurang pengaruhnya kepada anak muda kita sekarang.

Cari Blog Ini

Translate