Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 Julai 2010

Edisi Politik : 30 Kesalahan Nik Aziz !

Saya baru sahaja melupakan hasrat yang berkobar untuk meneruskan dialog terbuka di blog saya tentang Wahhabiy. Walaupun telah sampai beberapa info kepada saya tentang latar belakang Maharaja Zhou yang mengiakan persepsi saya. Rahsia beliau tidak wajar didedahkan kerana ia hanya menguntungkan pihak lawan. Kebetulan info siapa dia telah datang tanpa dipinta. Mungkin rezeki terpijak gamaknya.

Saya tidak berhasrat menulis info siapa dia yang sebenar tetapi ingin memohon maaf atas kritikan pedas saya hingga melukakan hati beliau. Jika saya seorang wahhabiy (opss salafi ) tentu saya akan marah jika pegangan saya dikritik. Apatah lagi dengan kritikan pedas berapi seperti yang saya lontarkan. Lagi pedih apabila saya tidak melayan keterangannya yang cukup panjang dan lebar ( tinggi dan rendah sekali ).


Saya juga mohon maaf kepada beliau kerana gagal mencari waktu secukupnya untuk menganalisa hujjah ekoran kesuntukan masa saya sendiri yang agak sibuk sedikit kebelakangan ini. Saya juga tidak mampu memberi komen sepanjang tulisannya tetapi saya tahu di mana nak jawab secara tidak langsung.

Mungkin beberapa siri serang balas isu wahhabiy cukup bagi menjelaskan perkara tersebut. Penonjolan tokoh seperti Dr Uthman dan Ust Zamihan kerana mereka diterima oleh JAKIM yang menjadi badan rasmi agama bawah Jabatan Perdana Menteri. Ia selaras dengan persefahaman kita bahawa perkara agama perlu dirujuk kepada majlis agama atau Mufti.

Cuma sedikit terkilan kerana isu ulama menolak wahhabiy tidak dapat dijawab dengan baik kecuali dengan sedikit kata kata yang tidak dapat saya fahami seperti berikut :

Masalahnya bukan sahaja kepada tuan dan pihak Zamihan serta kawan2, tetapi akhirnya akan terpalit kepada saya, sebab tuan menggunakan rangkaian bloggers2 UMNO sebagai platform yg merupakan cerminan parti kita.

Apa maksud beliau sebenarnya ?

Rangkaian blogger BPN bukan blogger bawah UMNO kerana kita tidak menerima upah dari UMNO untuk menulis. Namun ramai rakan rakan kita menyokong UMNO / BN walau sebilangan menjadi ahli dan yang lainnya tidak lagi menjadi ahli parti. Jadi, apa salahnya saya menulis di blog saya yang bertekad membela agama dan bangsa dengan menerangkan isu wahabiy dan kaitannya dengan JI atau terrorist ?

Bukankah pegangan majoriti umat Islam di Malaysia perlu dipertahankan selaras dengan keputusan Ulama / Mufti di negara kita agar berpegang ASWJ ? Bukankah Sultan Johor sudah bertitah agar fahaman berunsur Wahhabiy yang tolak qunut, talkin dan tahlil ini disekat oleh pejabat agama negeri ?

Lagipun ia bukan pandangan BPN tetapi pandangan insan kerdil macam saya yang tidaklah tinggi sangat ilmu atau akhlaknya.

Begitu juga tindakan beliau menyuruh saya meletakkan jawatan sebagai YDP BPN juga amat emosi. Beliau barangkali tidak membaca saya sudah menawarkan hasrat meletak jawatan tetapi para sahabat menyuruh agar saya terus memimpin BPN. Sila lihat artikel berkenaannya dalam arkib Panglima.


Blogger BPN ialah blogger yang mahu membetulkan keadaan. Menyeru ke arah perpaduan di kalangan blogger atau rakyat Malaysia.

Blogger BPN tidak sesekali akan memuji tindakan UMNO yang salah atau mencela tindakan PAS yang betul dan selaras dengan Al Quran dan Sunnah di bawah peruntukan Perlembagaan .

Blogger BPN tidak mengampu kerana nak sesuatu atau bersedia diberi sesuatu untuk tujuan 'mengampu'.


Kita menulis kerana agama dan bangsa kita.

Kita menulis kerana sedar sesuatu perlu dibuat untuk membetulkan fitnah.

Kita menulis bukan kerana nak 'solek' muka yang hodoh atau 'menconteng' muka yang bersih.

Tidak sama sekali.


Sila lihat senarai panjang kesalahan Nik Aziz Nik Mat yang dianggap ulama walhal tidak ada pun ciri ulama dalam dirinya seperti komen BloggerUmno di bawah :-

gambar Nik Aziz ketika sakit di hospital

1. MENGAKU MENYELEWENGKAN AJARAN ISLAM SEMATA-MATA UNTUK MEMELIHARA PERJUANGAN PARTI PAS.
2. MENGAKU MENYESUAIKAN BEBERAPA TAFSIRAN AYAT AL-QURAN DAN HADITH SEMATA-MATA MENJUNJUNG PERJUANGAN PARTINYA.
3. MENGHASUT RAKYAT MEMBENCI DAN MENJATUHKAN KERAJAAN YANG MENDIRIKAN PERJUANGAN AGAMA ISLAM.
4. MENGHAPUSKAN PERJUANGAN UNTUK MENDIRIKAN NEGARA ISLAM.
5. MEMBOHONGI RAKYAT DENGAN BERBAGAI JANJI.
6. MEMUSUHI UMAT ISLAM DENGAN MEMECAH-BELAHKAN MASYARAKAT MELAYU DI KELANTAN DAN MEMULAUKAN APA SAHAJA KEGIATAN KHAIRAT ORANG-ORANG ISLAM YANG TIDAK SEHALUANDENGAN PAS.
7. MELINDUNGI SHAHNON AHMAD (PENULIS MUNAFIK SAMA TARAF SALMAN RUSHDIE).
8. GAGAL MEMPERKENALKAN HUKUM HUDUD DI KELANTAN KERANA TERLALU CETEK DALAM BIDANG PERUNDANGAN ISLAM.
9. MENGELUARKAN FATWA ISLAM DENGAN SEWENANG-WENANGNYA TANPA MERUJUK MANA-MANA PIHAK.
10. MENGHALAKAN SIFAT CARUT-MENCARUT DAN KATA-MENGATA DI KALANGAN UMAT ISLAM.
11. MENDAKWA TUHAN MENCARUT HAMBANYA DALAM AL-QURAN DALAM SURAH AL- LAHAB.
12. MENIPU RAKYAT UNTUK MEMBENTUK PERLEMBAGAAN ISLAM MENJADIKAN KELANTAN 'SERAMBI MEKAH?'
13. MENGHALALKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DARI KALANGAN ORANG KAFIR.
14. MENGHALALKAN PERSEPAKATAN DENGAN SYAITAN UNTUK MENANG DALAM PILIHANRAYA.
15. MEROSAKKAN AKIDAH UMAT ISLAM DENGAN MENGAJAK MEREKA BERMUSUHAN SESAMA SENDIRI, TERUTAMANYA DENGAN ORANG-ORANG ISLAM YANG TIDAK SEHALUAN DENGAN FAHAMAN PAS.
16. MELAKUKAN DOSA DENGAN MENJANJIKAN SYURGA KEPADA ORANG-ORANG YANG MENYERTAI PAS.
17. MENGKAFIRKAN UMNO DAN MENUDUH ORANG-ORANG UMNO KAFIR.
18. MENUDUH ULAMA-ULAMA KERAJAAN FASIK. HANYA ULAMA PAS YANG MAKSUM.
19. MENGAKUI BAHAWA DIRINYA ULAMA YANG DITERIMA AGAMA ISLAM.
20. MENGELUARKAN FATWA BAHAWA DR. MAHATHIR MAHAFIRAUN DAN KAFIR KERANA MENENTANG ISLAM.
21. MENDAKWA DR. MAHATHIR ANTI-ULAMA DAN PARTI UMNO SAMA SEPERTI PARTI ORANG KAFIR.
22. GAGAL MEMERINTAH KELANTAN. KELANTAN MENJADI MUNDUR.
23. MENGHALALKAN RAKYAT KELANTAN HIDUP DALAM KEMUNDURAN.
24. MELINDUNGI KRONI-KRONINYA YANG MELAKUKAN JENAYAH KHALWAT SEPERTI KES MAT SABU.
25. MENGHALALKAN FITNAH KEPADA PEMIMPIN UMNO DAN BN SEMATA-MATA UNTUK MENGHADAPI PILIHANRAYA.
26. MENGGANTUNG BEBERAPA PERATURAN DALAM AL-QURAN DAN HADITH SEMATA-MATA UNTUK MENGHADAPI KEMPEN PILIHANRAYA.
27. MEMPERMAIN-MAINKAN AL-QURAN, HADITH DAN AGAMA ISLAM UNTUK KEPENTINGAN PERIBADINYA.
28. MEMEPERSENDA-SENDAKAN NAMA ALLAH PADA SETIAP FATWA DAN CERAMAH YANG DIBERIKAN.
29. BERTINDAK SEBAGAI IMAM MAZHAB APABILA MENGELUARKAN FATWA TANPA BERMUZAKARAH.
30. MENGANGKAT DIRINYA SENDIRI SEBAGAI ULAMA TETAPI BELUM MAHIR DALAM SISTEM PERUNDANGAN ISLAM.

Moga Allah membuka pintu hati semua...


siap tulis 12.22 am Sabtu 10 Julai 2010

1 ulasan:

Unknown berkata...

buat apa dengan Wahabi ? tdk cukupkah ASWJ sebagai ikutan lengkap hingga akhir zaman ?

mana2 negara Wahabi pergi mesti buat kacau , tapi dinegara2 yg ASWJ bertapak tak pernah menimbulkan kekacauan , lihatlah Uzbekistan ...apa jadi ? gara2 menentang Wahabi hampir terjadi perang saudara , mencanak Wahabi lari ..

Nabi Muhammad SAW berpesan ' akan berpecah umatku pada 73 bahagian , cuma satu yang selamat , sahabat bertanya siapa dia ya Rasulullah ? nabi menjawab AHLI SUNNAH WAL JEMAAH ' !!

ada nabi sebut wahabi ? takda , wahabi ialah pecahan kepada ummat Islam yg memandai2 akibat perkara tertentu , yg difatwakan sesat puluhan ulama2 muktabar ,

Cari Blog Ini

Translate