Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Julai 2010

Gambar dari Facebook : Antara Anwar dan Al Gore di Amerika




Pandangan saya :

  1. Gambar Anwar dan Al Gore ini disiar dalam Facebook DS Anwar Ibrahim pada 21 Mac 2010 yang lalu tanpa sebarang keterangan berkenaannya.
  2. Al Gore bekas Naib Presiden Amerika sememang dikaitkan sebagai kawan rapat dengan Anwar sejak dulu lagi dan gambar ini membuktikan hubungan intim mereka.
  3. Pada 1998 semasa era reformasi Al Gore menyokong Anwar dan didakwa ia diatur oleh IMF dan Wall Street. Sila baca artikel lanjut di AIDC di sini http://www.anwaraidc.com/
  4. Jika penyokong PAS bertekad membuat bantahan terhadap Amerika dan Zionis maka mereka sepatutnya sedar betapa bangganya Anwar dapat bersama bekas Naib Presiden Amerika berketurunan Yahudi itu hingga menyiarkannya di FB beliau.
  5. Penglibatan Al Gore dalam perang Iraq tidak dapat dinafikan dan di atas tangan merekalah pembunuhan terhadap umat Nabi kita berlaku.
  6. Ketika Anwar mengecam UMNO dengan APCO maka tidak ramai tahu Anwar lebih APCO dari UMNO dengan menjadi Ahli Lembaga Penasihat GIM(Generation Investment Managgement Group) sebuah syarikat Al Gore yang membuat pelaburan di Israel selain dimiliki oleh Al Gore yang seorang Yahudi.
  7. Selain itu Anwar juga menjadi Diplomat CFR (Council On Foreign Relation) yang mana hanya boleh dianggotai Yahudi Amerika sahaja dan jangan hairan kenapa seorang rakyat Malaysia bernama Anwar Ibrahim dijemput menganggotainya. Turut sama menyertainya ialah arkitek perang di Iraq Paul Wolfowitz. Analisa lanjut sila ke blog Kumbang di sini http://analisakumbang.blogspot.com
  8. Dengan pelaburan bernilai RM35 juta di Israel seperti laporan di sini http://www.jewishjournal.com/ maka kita boleh lihat komitmen Al Gore sebagai Yahudi untuk membantu Israel. Adakah Anwar tidak tahu fakta ini ? Adakah Anwar tidak menceritakan perkara ini kepada orang kampung yang menyokongnya ?
  9. Pada hemat Panglima kenapa Al Gore melantik Anwar menjadi ahli penasihat syarikat beliau? Kenapa hubungan mereka berjalan baik hingga kini ? Adakah ini usaha menjadikan Anwar proksi Yahudi Zionis di negara kita dan ASIA amnya?
  10. Jika anda mahu tahu jawapan cukup mudah sahaja, bayangkan anda memerlukan Anwar dan apakah anda sanggup lakukan untuk mengekalkan keakraban yang ada lantaran potensi beliau untuk menjadi PM Malaysia ? Sudah tentu kiri kanan tawaran akan dihulur kepada beliau.
  11. Moga Allah menjaga negara kita dari talibarut zionis yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan memenuhi nafsu dan amarahnya...Amin.



Lihat sokongan Anwar terhadap perang di Iraq


3 ulasan:

Scud berkata...

nik aziz bukan tak tahu siapa anuar. tapi disebabkan dendam pada umno, dia sanggup terima anuar sebagai kawan seperti mana dia terima dap.

MEGAT berkata...

DALAM BANYAK- BANYAK PERKATAAN DALAM ARTIKAL INI. PERKATAAN YANG PALING SERASI IALAH " UMNOAPCO"

Kenang Jasa berkata...

Saudara megat

Cuba jadi bijak sikit cuba cari perbezaan antara :

APCO dan Apco Worlwide jangan jadi bebal tak bertempat. Mungkin setiap hari dengar ceramah fitnah sampai tak tahu yang mana satu.

Cari Blog Ini

Translate