Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Januari 2011

Gobala : Anwar Perkudakan Melayu Cina India Untuk Agenda Politiknya Jadi Perdana Menteri !!!


Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan yang telah memaklumkan dirinya yang telah keluar daripada PKR menyifatkan keputusan diambil itu sebagai tiada pilihan kerana kedudukannya di dalam PKR itu nampak genting dengan tekanan oleh sesetengah pihak di dalamnya yang cuba membuatnya mengumumkan keluar parti dengan sendirinya. Gobala adalah salah seorang pengasas kepada parti Keadilan Nasional (PKN) yang seterusnya menjadi PKR apabila bergabung dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM).

Tindakan itu juga diambil dengan ketidakpuasan hatinya dan bosan dengan bentuk kepimpinan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan Presiden yang baru dilantik, Azmin Ali yang cuba menguasai parti sepenuhnya mengikut selera mereka sahaja.

Bukan itu sahaja, kedua-dua pemimpin PKR itu didakwa tidak menghargai pengorbanan dan perjuangan yang dilakukannya selama 12 tahun menjadi anggota parti itu apabila masing-masing berbalas mesej 'pergaduhan' melalui laman web Twitter selama dua bulan yang lalu.

Gobala berkata demikian semasa sidang media di pejabatnya di Paya Besar di Lunasnya hari ini (gambar atas). Beliau turut meletakkan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Padang Serai berkuatkuasa serta-merta. Penganalisa politik sebelum ini sudah lama menjangkakan Gobala walaupun menafikan akan meninggal parti itu akhirnya terbukti tetap meninggalkan PKR.

Beliau sebagai ahli parlimen Bebas akan bersama beberapa penyokongnya yang didakwa terdiri daripada peguam, jurutera, doktor dan lain-lain akan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperjuangkan dan menjaga kepentingan pengundi di kawasan Parlimen Padang Serai.

Gobala menafikan dakwaan bahawa beliau akan menyertai Konsensus Bebas di Parlimen yang dianggotai oleh ahli-ahli Parlimen bekas PKR yang lain. Beliau memaklumkan tindakan keluar PKR adalah tindakan bersendirian dan para penyokongnya disarankan membuat keputusan atau pilihan sendiri.

Beliau mendakwa selama ini Anwar bukan sahaja memperkudakan kaum Melayu dan Cina sahaja tetapi juga kaum India di dalam mencapaikan cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Beliau melihat hasrat Anwar untuk menakluk Putrajaya tidak akan berjaya sama sekali kerana bagaimana mahu mentadbir negara dengan masalah dalaman parti pun semakin teruk.

Gobala mendakwa parti PKR hanya menunggu masa untuk runtuh dan baginya perlu keluar terlebih dahulu sebelum parti itu 'runtuh'.

–KLToday.com

Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate