Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Januari 2011

Panasss : Blogger Pahang Daily Online (PDO) Akui Fitnah Saiful Bukhari Dan Akan Berkecuali Selepas Ini !!!


Pahang Daily Online Pohon Maaf Secara Terbuka Kepada Saiful Bukhari


Blogger Cucu Mat Kilau atau (PDO)kanan sekali


AIDCNews – 31/01/11 – Pahang Daily Online (PDO) memohon maaf secara terbuka kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan, kerana pernah menyiarkan enam artikel fitnah ke atas saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dua tahun lalu.


Permohonan maaf itu dibuat dalam posting terbaru PDO hari ini bertajuk “Pahang Daily Online (PDO) Memohon Maaf Secara Terbuka Serta Tarik Balik Penyiaran Enam Artikel Kontroversi Mohd Saiful Bukhari Dua Tahun Lalu”,klik di sini


Enam artikel berkenaan yang disiarkan selepas Saiful membuat akuan sumpah laknatnya di Masjid Wilayah Persekutuan berhubung dakwaan diliwat telah menyebabkan beliau membuat laporan polis pada 3 Mac 2009 dan kemudiannya tindakan saman terhadap blog ini pada 23 April 2009 terhadap laman tersebut.


Saiful berkata, dia mengambil langkah itu memandangkan penulis laman blog terbabit terus memfitnahnya dengan menyiarkan artikel-artikel yang menuduh dirinya terlantar sakit tenat ekoran sumpah laknat yang dibuatnya tahun lalu, walhal tulisan-tulisan itu hanya fitnah semata-mata. Klik di sini


Ekoran laporan tersebut, blogger Cucumatkilau (CMK) atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Mohd Ramli yang merupakan Eksklusif Editor PDO telah ditahan dan disoal siasat oleh pihak polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.


“Selepas lebih dua tahun artikel itu disiarkan, maka pada hari ini 31 Jan 2011 Pahang Daily Online (PDO) secara rasminya ingin mengumumkan penarikan balik enam artikel berkenaan.


“Selepas lebih dua tahun menghantar krew kami untuk menyiasat kesahihan artikel tentang penyakit misteri Saiful berkenaan, ternyata laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali.


“Malah, melalui beberapa orang saudara mara dan sahabat terdekat Saiful yang ditemui ternyata laporan tentang penyakit misteri beliau yang disiarkan di laman blog ini dua tahun lepas adalah tidak benar sama sekali“, kata editor blog PDO.


Blog itu juga memohon maaf secara terbuka kepada individu yang pernah difitnah sebelum ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan mengambil sikap berkecuali dalam kes perbicaraan liwat Anwar, sedangkan sebelum ini, blog ini mengambil sikap berpihak kepada Anwar.


“Justeru itu, kami memohon maaf kepada individu terbabit iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan serta keluarganya dan seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan yang berlaku itu.


“Biarpun kami tahu atas penarikan balik artikel tersebut mungkin boleh menjejaskan kredibiliti blog ini, namun demi kebenaran maka kami terpaksa melakukannya.


“Masalah yang berlaku antara Saiful dan Anwar Ibrahim itu adalah hal peribadi mereka berdua“, katanya lagi.


Menurut blog itu penarikan balik enam artikel fitnah dan permohonan maaf secara terbuka kepada Saiful dibuat tanpa tekanan daripada mana-mana pihak tetapi di atas prinsip ‘yang benar tetap benar dan mana yang salah tetap salah’


“Pihak kami juga ingin memohon maaf kepada mana-mana pihak yang telah memetik berita tersebut dan disiarkan dalam laman blog masing-masing.


“Harapan kami agar artikel berkenaan dapat dikeluarkan dan tidak dijadikan sebagai bahan untuk memburuk-burukkan sesiapa selepas ini.


“Sekali lagi kami bukanlah mahu memberi “millage” kepada mana-mana pihak atas penarikan balik artikel berkenaan, cuma kami lakukan atas kepercayaan Allah melihat segala apa yang dilakukan oleh HambaNya. Mana yang benar tetap benar dan mana yang salah tetap salah”, katanya lagi


Cucu Mat Kilau : Dulu cium muka Anwar, sekarang mahu ludah…

7 ulasan:

blogenstarz berkata...

Pekara ini hendaklah dijadikan contoh yang terbaik kepada bloggers
yang suka membuat fitnah.
Jangan suka suka membuat laporan yang kita sendiri tidak tahu kesahihannya.

hilbert berkata...

Salam Panglima,

blog berwajah baru nampak bersemangat, syabas bro..

Kalu pasal PDO tu..baguslah, sekurang-kurangnya telah mulai sedar bahawa kesilapan harus dibaiki dengan kemaafan.

Semua yang berlaku sejak akhir2 ini seolah-olah untuk menunjukkan kepada kita semua betapa sumpah yang telah dilafazkan oleh Mohd Saiful 2 tahun yang lalu adalah satu sumpah yang paling tinggi dalam Islam...

Unknown berkata...

Ini adalah menunjukkan kehebatan islam dan iman.. bagaimana hebat sekalipun bersengketa dan berperang, tapi kerana ada rasa takutkan tuhan itulah yang menjadikan umat islam tetap muhasabah diri dengan hati dan ilmu yang tulus hanya kerana Allah...
marilah seluruh umat melayu islam berfikir dgn ikhlas mencari kebenaran dgn menjadikan Allah sebagai tempat mengadu... dan Tuhan pasti akan tunjukkan jalan..

Panglima Perang Cyber berkata...

BLOGENSTARZ - BETUL...IKTIBAR KEPADA PENFITNAH PEMBANGKANG.BIAR SEDAR JANGAN FITNAH ORANG.

HILBERT - SEMANGAT BARU DAN KENA BARUKAN DIRI SELALU TERMASUK BLOG HEHE.

AMEN - ALLAH TEMPAT KITA MINTA DAN MOHON PERLINDUNGAN.

Alhamdulillah berkata...

alhamdulillah.....semoga Saiful menerima kemaafan...

ingatlah...dosa buat fitnah lagi dasyat dari membunuh....

selagi tidak mendapat kemaafan dari Saiful dan keluarga, maka orang yang buat fitnah akan menanggung segala dosa hingga kiamat

Jauhi lah fitnah, kalau tak tahu, jangan buat cerita semata-mata mahu meraih publisiti murahan yang sementara di dunia ini...

Hukum karma akan datang pada kita....ingatlah Allah itu Maha Adil

taipingcentral_harapan melayu berkata...

SALAM PANG5.. MOHON DI POST DI TAIPINGCENTRAL.BLOGSPOT... TERBAIK...

ANWAR AL JUBURI HARUS BERTAUBAT...

Panglima Perang Cyber berkata...

Pengikut : tq


dan orite taiping.

silakan

Cari Blog Ini

Translate