Lelaki tua di atas cuba menghalang polis menangkap penunjuk perasaan di atas. Beliau mengatakan itu anaknya. Walhal anak itu tidak bersamanya berdasarkan rakaman awal video di atas.
Link video di sini http://www.youtube.com/watch?v=HqlD1UsXR_s&feature=player_embedded
Kelibatnya menyertai demo adalah jelas berdasarkan video di atas. Yang menyaksikan tujuh telah ditahan kerana menimbulkan kekacauan.
Pakatan Rosak yang menggelar diri mereka Pakatan Rakyat tidak pernah memikirkan kesesakan yang timbul semasa demo diadakan. Yang sudah tentu menambahkan lagi kemarahan rakyat.
Lihat perempuan, remaja dan orang tua dihasut untuk sertai demonstrasi yang jelas tidak ada gunanya kepada negara atau rakyat kita.
Yang untung ? Salahuddin Ayub, Shamsul Iskandar yang dahagakan glamour kononnya untuk kepentingan rakyat.
Adakah ada ahli PAS dari kalangan rakyat Mesir ? Kenapa kita perlu buang masa sedangkan banyak perkara lain kita belum laksanakannya ?
Berdemo taktik untuk mengelak dari dituduh abaikan rakyat. Terbukti bantuan kepada rakyat Malaysia di Mesir telah GAGAL disertai oleh mereka walaupun mentadbir empat buah negeri.
Hanya Kelantan sahaja yang hulur RM 120 ribu hanya untuk pelajar Kelantan di Mesir yang dalam kesusahan.
Adalah jelas jalan yang diguna semasa demonstrasi di aas adalah jalan utama menuju ke Hospital Kuala Lumpur dan Pusrawi.
Apa akan jadi jika ada kes kecemasan sepanjang jalan ke hospital ?
Adakah mereka fikirkannya ?
Selain itu nasib anggota keselamatan yang terpaksa meleraikan demonstrasi perlu difikirkan. Jangan menyusahkan waktu mereka sedangkan mereka mempunyai banyak tugas lain seperti mengawal lalu lintas, menyelesaikan jenayah dan menjaga keselamatan.
Lihat Kerajaan juga yang sebenarnya perihati terhadap rakyat. Dengan satu persatu program dilaksanakan terbaru program ziarah ke masjid. Semalam acara menemui wakil rakyat di Sarawak telah berjalan dan ia tanda Kerajaan perihatin mendengar suara wakil mereka secara bersemuka.
Syabas Dato Seri Najib dan pemimpin yang lain yang mengotakan janji dan kata-kata mereka kepada kita !!!
gambar PM melihat ilustrasi Masjid Jamek yang akan dibaiki dengan kos RM20 juta
Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah
nota : gambar di atas dari Utusan Malaysia
2 ulasan:
Di dalam Perlembagaan Malaysia dengan keterangan yang tak perlu di terangkan lagi, setiap warganegara mempunyai hak bersuara. Saya tidak menyalahkan POLIS kerana mengikut kata Tan Sri Musa Hassan, ada campur tangan dalam pentadbiran PDRM oleh KDN. Rakyat Malaysia yang kamu maksudkan di atas tidak membakar bangunan mahupun membawa peralatan yang berbahaya kepada rakyat yang lain nya. Saya juga tidak bersetuju apabila Penganjur tidak mendapatkan permit. Dengan kata lain, Polis boleh mengambil tindakan tetapi dengan cara berhemah, bukan seperti di atas. Melalui rakaman video, dengan jelas POLIS telah menyalahi hak asasi manusia. Itu pandangan saya.
P/S: Tak suka demonstrasi tapi tak halang orang berdemonstrasi.
PEACE NO WAR
erm.. saya yang x bijak ni.. nk tawu... apa yg membezakan demo untuk palestin yg ternyata direstui dgn demo untuk menyokong turunnya diktator seperti mubarak?
Catat Ulasan