Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

16 Februari 2011

Edisi Celaka Nik Aziz - Tidak Perlu Sambut Maulid Kerana Tidak Mempunyai Fadilat & Mahu Duit Maulid Diguna Untuk Cuci Tandas !!!



Nik Aziz dilaporkan berkata tidak perlu sambut maulid seperti laporan Sinar Harian


 di link ini http://www.al-ahkam.net/ 




Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Kerajaan Negeri tidak akan mengadakan sebarang sambutan bagi menyambut Maulidur Rasul memandangkan bulan Maulud tidak mempunyai sebarang fadilat dan kelebihan berbanding bulan Ramadan. 




Pelik benar kenyataan Nik Aziz di atas kerana mengatakan  Nabi Muhammad saw yang 


mengajar Islam dan Al Quran dianggap tidak layak disambut kelahirannya 


kerana tiada fadilat?




Nik Abdul Aziz berkata, Kelantan tetap tidak akan menyambutnya, walaupun negeri lain membuat sambutan secara besar-besaran. 




.Presiden PAS Hj Abd Hadi Awang juga sama aliran wahabinya dengan Nik Aziz.


katanya :


 "Ingatlah wahai umat Islam. Kita tidak disuruh menyambut kelahiran
Nabi Muhammad s.a.w. Tiada dalil daripada al-Quran mahupun hadis untuk itu. 



Malah kelahiran Nabi s.a.w. tidak s.a.w. tidak disambut oleh para sahabat. Apa yang wajib ialah kita menjadi pengikut nabi Muhammad s.a.w. yang setia dan berpegang kepada ajarannya, beramal dengansunnahnya dan mengikut sehingga hari kiamat."






Panglima : Yang terbaru Nik Aziz turut memperlekeh Maulid Nabi dengan menyarankan duit yang ada diguna untuk membersihkan tandas kotor yang banyak di Kelantan.




Malaysiakini melaporkan : 


Beliau (Nik Aziz) turut meminta umat Islam menjimatkan peruntukan untuk sambutan seperti Maulidur Rasul dan menyumbangkan sebahagian daripadanya ke masjid bagi tujuan penyelenggaraan tandas.


( link klik sini http://www.malaysiakini.com/news/155779 )






Sudahlah tidak mahu sambut peringkat negeri, menghalang orang awam sambut Maulid anjuran Kerajaan Negeri dan paling teruk menyarankan duit untuk sambut Maulid diguna untuk membersihkan tandas !


Betapa hinanya Maulid ini seolah olah tidak penting berbanding tandas  sedangkan tandas adalah tempat syaitan bermastautin bersama anak cucunya.


Bayangkan fadilat besar dalam Maulid yang tidak disedari Ularmak PAS ini ! 


Kita berselawat semasa perarakan Maulida dan kita sebenarnya menanam ingatan umat kepada Rasulullah saw.


 Alhamdulillah setiap tahun Kerajaan BN tidak pernah gagal menganjurkan perarakan maulid meskipun ramai tahu ia melibatkan kos yang besar.


Oh ye, Nik Aziz pernah kata sanggup berkawan dengan syaitan dan adakah itu sebabnya ?




Baca kecaman oleh Minda Pondok terhadap kenyataan Nik Aziz di atas :







Minda Pondok selar Nik Aziz


Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my



KOTA BHARU 15 Feb. - Sebuah badan pemikir, Minda Pondok menyelar tindakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana memperkecilkan sambutan Maulidur Rasul.

Jurucakap badan tersebut, Mohd. Saifuddin Abdul Rahman berkata, sambutan besar-besaran Maulidur Rasul mempunyai hikmah yang besar iaitu memupuk perpaduan di kalangan ummah dan mengingatkan kembali terutama generasi muda tentang sirah Rasululullah.

"Ibnu Tamiyyah, ulama kontorversi yang banyak menentang amalan tradisi Islam turut menyokong supaya Maulidur Rasul disambut secara bermusim kerana terdapat pahala yang besar kerana niatnya elok dan menjunjung Rasulullah SAW dan keluarganya.

"Ulama besar, Prof Dr. Yusuf Al-Qardawi juga memberi pendapat yang sama dan wajib ke atas kita untuk mengingati sirah baginda dan menjadi iktibar kepada kita," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan kuliah mingguannya Jumaat lalu supaya sebahagian daripada wang yang digunakan untuk menyediakan makanan sempena sambutan Maulidur Rasul dimasukkan ke dalam tabung masjid atau surau.

Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, kebanyakan tandas masjid atau surau di negeri ini kotor dan memerlukan pembiayaan bagi memastikan ia dapat diselenggara dengan baik.

Mohd. Saifuddin berkata, berdasarkan pandangan ulama, sambutan Maulidur Rasul bukan suatu amalan yang bidaah kerana ia jelas memberikan manfaat dari banyak aspek politik serta jati diri umat Islam.

"Kami merasa amat dukacita dengan kenyataan Nik Abdul Aziz ini ia seolah-olah untuk menarik perhatian orang ramai untuk kepentingan politik.

"Maulidur Rasul sewajarnya disambut dengan meriah di negeri ini untuk mengingatkan umat Islam terutama generasi muda tentang sirah Rasulullah," katanya.





Baca juga pandangan songsang Ust Zaharuddin Abd Rahman ( pelajar Phd dengan Orientalis di United Kingdom ) yang turut setuju dengan pendapat Nik Aziz  dalam mempertahan tindakan DAP Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulid Nabi tahun lepas.


Katanya : sambutan Maulidur Rasul melalui perarakan walau ia telah dilaksana turun temurun di Malaysia, ia tidaklah mampu menunaikan hak baginda Rasullullah dan Islam itu sendiri. Ia jelas, tersasar dari objektif utama perjuangan Rasulullah, apa yang sepatutnya lebih ditumpukan dan disalurkan peruntukan besar adalah program meningkat kesedaran terhadap inti perjuangan dan mesej Islam.

Justeru, jikalau ada mana-mana negeri yang membatalkannya sekalipun lalu diganti dengan sebuah acara yang lebih menepati maksud sambutan Maulidur Rasul seperti himpunan ceramah dan sebagainya, ia adalah lebih baik.


http://www.zaharuddin.net/ 






Tidak peliklah jika DAP pun tidak mahu sambut Perarakan Nabi kerana mereka tidak Islam tetapi kenapa ada orang Islam tidak mahu ia diraikan ?


DYMM YDP Agong turut hadir memeriahkan sambutan Maulidurrasul setiap tahun bersama Pemimpin Negara dan Nik Aziz tergamak mengingkarinya !!!




Penjelasan hebat dan mantap tentang Maulid sila rujuk di sini http://www.sunnah.org/publication/malay/maulid.htm


Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

6 ulasan:

dzimba berkata...

salam panglima

saya memohon pautan http://pantausblog.blogspot.com di blog panglima ini.

terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Duit daripada ceramah-ceramah fitnah dan mengumpat PAS yang dikutip adalah lebih afdal digunakan untuk membersihkan tandas-tandas masjid di Kelantan.

razilan razali berkata...

Mmg la tandas tu tmpat syaitan dan jin betendang...sbb tu la kite kne cuci sbb syaitan dan jin tidak suka tmpt bersih walaupun tandas... lg satu apa yg di maksud kn tok guru tu...xpyh la kite berlebih2 sambut maulud kerana rasulullah perlu diingati pada setiap masa bukan pada tarikh2 tertentu sahaja...

razilan razali berkata...

Mmg la tandas tu tmpat syaitan dan jin betendang...sbb tu la kite kne cuci sbb syaitan dan jin tidak suka tmpt bersih walaupun tandas... lg satu apa yg di maksud kn tok guru tu...xpyh la kite berlebih2 sambut maulud kerana rasulullah perlu diingati pada setiap masa bukan pada tarikh2 tertentu sahaja...

razilan razali berkata...

Mmg la tandas tu tmpat syaitan dan jin betendang...sbb tu la kite kne cuci sbb syaitan dan jin tidak suka tmpt bersih walaupun tandas... lg satu apa yg di maksud kn tok guru tu...xpyh la kite berlebih2 sambut maulud kerana rasulullah perlu diingati pada setiap masa bukan pada tarikh2 tertentu sahaja...

razilan razali berkata...

Mmg la tandas tu tmpat syaitan dan jin betendang...sbb tu la kite kne cuci sbb syaitan dan jin tidak suka tmpt bersih walaupun tandas... lg satu apa yg di maksud kn tok guru tu...xpyh la kite berlebih2 sambut maulud kerana rasulullah perlu diingati pada setiap masa bukan pada tarikh2 tertentu sahaja...

Cari Blog Ini

Translate