Link : http://www.facebook.com/profile.php?id=100002194802860&sk=wall |
Calun BN N27 Dun Merlimau telah melancarkan 'Facebook' peribadinya semalam di rumah beliau di Jalan Batu Gajah.
Katanya, 'Tujuan berfacebook adalah agar pengundi-pengundi di Merlimau dan rakyat Malaysia dapat dimaklumkan mengenai aktiviti-aktiviti kempen BN dan yang paling utama rakyat di Merlimau dapat dihubungi segera sekiranya mereka mengalami sebarang masalah...'
Menyedari keberkesanan penyebaran maklumat melalui internet, Roslan berkata, "Kalau pemimpin-pemimpin besar seperti Perdana Menteri dan Ketua Menteri yang terlalu sibuk berkhidmat untuk rakyat, masih meluangkan masa untuk berFacebook agar segala rintihan rakyat dapat didengari... inikan pula saya yang kecil!"
Sesibuk mana pun aktiviti kempen bagi memenangi hati rakyat Merlimau, Roslan akan cuba berjumpa seramai mungkin pengundi di sini.
Mungkin ada yang tidak sempat ditemui Roslan, maka jom berFacebook bersama Roslan Ahmad
1 ulasan:
Satu juta ajer? Mengapa sikit sangat? Patut dgn iltizam 1Malaysia yg penduduknya 28 juta, calon BN nie boleh dapat 28 juta, bukan cuma 1 juta. Panglima tak boleh duduk diam, kena tolong dia tuuu!!
Catat Ulasan