Selepas pertemuan dengan bloggers oleh Datuk Ahmad Maslan di Command Center Merlimau, kami telah berkunjung ke Umbai yang terkenal dengan ikan bakar dan seafood. Blogger Waadat, 1Peluru dan Malay Delima bersama Panglima telah makan di kedai Mat Tawil Ikan Bakar yang juga kawan baik saudara kepada Blogger Waadat. Kami telah menikmati makanan laut yang segar dan merasa sangat berpuas hati dengan hidangan yang dinikmat semalam. Terima kasih Blogger Cheguman Waadat yang telah berbesar hati membelanja kami makan (cecah RM90) dan semoga beliau semakin murah rezeki dengan ubat Morhabshi beliau yang makin laris dari hari ke hari.
Dan tidak disangka juga di situ Panglima perasaan sosok tubuh seperti Dr Mujahid Rawa sudah pun ada makan bersama 7-8 orang yang mungkin ahli keluarga atau penyokong beliau. Pada awalnya ingin merakam gambar mereka di sana tetapi bila difikirkan kembali orang seperti beliau tidak ada apa yang boleh dijadikan bahan cerita.
Siapa berkunjung ke Melaka jangan tak singgah di Umbai kerana banyak menu yang ada segar ada di sana. Semasa perjalanan pulang Panglima tertarik mendengar cerita Cheguman bahawa Ketua Menteri Melaka sangat pantang melihat rakyat Melaka susah. Apatah lagi jika ada karenah birokrasi yang menyebabkan masalah rakyat tidak atau lambat diselesaikan. Dek Kerana terlalu sibuk melayan orang kampung itulah maka kadang kala beliau agak lewat hadir majlis rasmi.
Satu lagi yang menarik ialah cerita bagaimana masalah rakyat dapat diselesaikan oleh Ketua Menteri Melaka hanya dengan menggunakan Facebook. Seperti kisah seorang ustaz yang memberitahu masalah rumahnya yang belum mendapat CF di Facebook beliau maka dengan segera respon telah diberikan oleh Ketua Menteri dan masalah tersebut selesai dengan cepat. Lagi menarik Facebook Ketua Menteri dikendalikan oleh beliau sendiri seperti juga Perdana Menteri kita yang lengkap dengan Iphone dan Ipad untuk meneliti dan menjawab masalah rakyat. Selepas pulang kami singgah majlis ceramah Ummi Hafilda dan nantikan video pembongkaran beliau tentang Anwar yang begitu pedas lagi panas untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia.
Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan