Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Mac 2011

Kisah Timbalan Menteri KPT Bertemu Pengendali Media Baru Semalam !!!

Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

Semalam Panglima tidak sempat ke NZ Garden untuk menghadiri majlis bersama Timbalan Menteri KPT Datuk Saifuddin Abdullah (DSA) ekoran telah berjanji dengan rakan Bloggers Brave Heart yang datang dari jauh untuk bersama beberapa orang bloggers lain termasuk Papagomo dan Husin Lempoyang. Janji yang dibuat lebih awal ini terpaksa dipenuhi dan bukan soal takut bersemuka atau tidak dengan Timbalan Menteri. 

Selangkah Menteri /Timb. datang sepuluh langkah kami balas.

Pertemuan semalam berlangsung di Hotel De Palma dan Panglima turut menjemput Lawyer Azam Buzze ke pertemuan tersebut dan lokasi pertemuan telah dirahsiakan semalam demi mengelakkan ia menjadi sasaran intipan musuh siber kita. Meskipun agak terlewat kerana menguruskan anak di rumah dan terhalang dengan jem yang panjang tetapi kesabaran sahabat blogger menunggu diucapkan ribuan terima kasih. Cuma sayang Husin Lempoyang tidak dapat menunggu kerana pulang awal ada penerbangan ke Sarawak pagi ini.

Antara agenda 'meeting' semalam ialah untuk memperkasakan golongan bloggers agar bersatu dalam satu pertubuhan yang sah dan mempunyai keupayaan mengendalikan ahli-ahli dan juga menguruskan apa jua kebajikan kepada mereka. Maka bantuan nasihat pakar undang-undang telah diperolehi dari Encik Azam Buzze yang juga penasihat kepada Ummi Hafilda. Soal pas media yang sebelum ini ditimbulkan oleh blogger juga dibincangkan dan moga ada sinar di hujung gua selepas ini. 

Panglima tabik dengan semangat GOMO meskipun beliau agak radikal dalam penulisan. Kesemua bloggers seperti GAP, Parpu, Medan Info, Pisau dll adalah kawan baik Panglima dan hubungan ini harap tidak dicemari dengan sebarang fitnah atau gosip yang berniat jahat.

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula rakan kongsi dalam seperjuangan menentang Fuckatan !

Pada awalnya sekadar untuk berkenalan dengan bloggers Pantau, Lang Buana yang ingin 'belanja' tetapi Panglima mengusulkan agar perbincangan tentang isu semasa berkaitan bloggers termasuk Timbalan Menteri KPT diselitkan juga. Juga isu persatuan bloggers dan pas media. Penjelasan Papagomo tentang kenyataan DSA dan pegawai beliau untuk 'balun' bloggers juga diulang kembali semalam.

Turut hadir rakan siber Panglima dari Nilai dan kesemua kami dalam 10 orang di ruang lepak 'open air' @ De Palma Ampang.

Pagi ini Panglima juga telah tweet Datuk Saifuddin Abdullah untuk menetapkan tarikh pertemuan sekali lagi bagi mendapatkan sendiri penjelasan beliau isu isu semasa yang berkaitan dengan beliau. Rugi juga rasanya tidak dapat hadir majlis yang bukan dibuat setiap hari seperti semalam. Alhamdulillah beliau sudah pun memberi no telefon melalui twitter untuk dihubungi dan kesudiaan beliau dihargai oleh kami para pengendali media baru.

Insya Allah minggu depan jika tidak ada masalah satu pertemuan bersama DSA akan dibuat dalam bentuk lebih ekslusif untuk mendengar penjelasan beliau sendiri. Demi memberi keadilan kepada semua pihak.

Nantikan laporan dari kami Insya Allah.


Antara Blogger yang mengulas pertemuan semalam :









1 ulasan:

A Voice berkata...

Saya malas nak buat kerja-kerja yang bukan kerja tetapi buang masa. Masa pun tidak ada.

Cari Blog Ini

Translate