Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 April 2011

10 Cara Promosi 1Malaysia Dari Rakyat Kaum India Gua Musang - Mstar


KITA harus belajar dari nenek moyang kita tentang cara untuk hidup secara harmoni.

Gaya hidup bangsa kita pada masa lalu telah menunjukkan kepada kita bagaimana masyarakat zaman dahulu tinggal bersama dalam toleransi dan penghormatan tinggi terhadap bangsa-bangsa lain, budaya dan agama walaupun berhadapan dengan beberapa insiden dan kejadian kecil yang tidak diingini.
Pada pandangan penulis, adalah sesuatu yang memalukan jika kita gagal untuk terus merangkul keunikan Malaysia ini.
Sepuluh cara yang dapat membantu mempromosikan konsep 1Malaysia untuk menggalakkan perpaduan yang lebih besar di kalangan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia adalah seperti berikut:
1) Orang dewasa harus menunjukkan teladan yang baik dengan menghormati jiran tetangga, rakan sekerja, teman atau seseorang daripada bangsa lain.
2) Orang dewasa tidak harus berbicara secara negatif tentang bangsa lain atau agama lain secara sembarangan atau terbuka.
3) Jangan memanggil seseorang dengan panggilan yang kurang enak di dengar terhadap orang daripada bangsa yang berbeza.
4) Anak-anak harus didorong untuk bergaul dan bermain bersama kanak-kanak berlainan kaum tanpa melihat perbezaan di antara mereka agar semangat kekitaan dapat dipupuk dari peringkat awal lagi.
5) Guru-guru terutamanya pengetua sekolah atau para pendidik di institusi pengajian tinggi harus memainkan peranan yang lebih besar dengan memberi motivasi kepada para pelajar dan meraikan kepelbagaian budaya di antara rakyat negara kita.
6) Kerajaan melalui agensi-agensi tertentu harus menganjurkan acara-acara yang lebih mantap dan menyeluruh untuk mempromosikan perpaduan yang lebih besar. Jangan tunggu musim perayaan atau pilihan raya baru hendak menganjurkan sesuatu.
7) Organisasi bukan kerajaan (NGO) termasuk persatuan, kelab dan pertubuhan perlu bekerja sama dengan syarikat multi nasional atau industri kecil untuk menganjurkan kegiatan sukan, seminar dan kem-kem yang merangkumi penyertaan semua bangsa.
8) Kementerian Pelajaran harus mempertimbangkan untuk melupuskan sistem kuota bagi membolehkan cabaran kesetaraan yang positif dalam sistem pendidikan.
9) Para pemimpin agama yang sepatutnya menjadi soleh dan takut akan Tuhan harus berlatih mengamalkan sikap toleransi yang tinggi dan selalu bekerja untuk menyelesaikan perbezaan pendapat di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama secara ramah dan kondusif.
10) Para ahli politik perlu bijaksana dalam membuat kenyataan atau ketika mengambil keputusan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat berbilang kaum. Dengan sepuluh pendekatan ini, saya percaya kita boleh mencapai perpaduan yang lebih dinamik dan membantu merealisasikan hasrat 1Malaysia secara lebih sistematik.
Sekian untuk renungan dan iktibar kita semua.
- Kumarathevan Balakrishnan

PT8878, Jalan KJ 5, Taman Kesedar Jaya,18300, Gua Musang, Kelantan.

Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 




Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate