Pengikut Blog Panglima

17 April 2011

Analisa Keputusan PRN Sarawak !!!




  1. Keputusan rasmi PRN Sarawak semalam ialah BN telah menang 55 kerusi, Pakatan 15 (PKR 3 DAP 12 ) Bebas 1 kerusi.
  2. BN terpaksa menerima hakikat pembangkang mendapat dua kali ganda kerusi berbanding dulu. Meskipun masih berjaya meraih 2/3 undi untuk mandat yang kuat mentadbir negeri.
  3. Faktor utama kejatuhan jumlah kerusi kepada pembangkang pada pandangan Panglima ialah fitnah berterusan pembangkang terhadap Ketua Menteri yang dibuat secara berterusan.
  4. Kegagalan mengemukakan hujah mengkritik kepimpinan Ketua Menteri menyebabkan pembangkang terpaksa menyerang peribadi dengan berbagai fitnah dan hasutan yang terlalu jijik untuk diterima rakyat Sarawak di hari terakhir kempen.
  5. Cina jelas menolak BN di Sarawak meskipun berbagai kebajikan dicurahkan kepada mereka.BN perlu berhenti mengejar undi Cina serta merta kerana mereka sudah terlalu sukar lagi menyokong Kerajaan BN meskipun diberi berbagai perkara yang diminta.
  6. Bumiputera pula tetap kukuh menyokong BN sehingga Pakatan sangat sukar menembusi kawasan mereka sehingga dihalau keluar. BN perlu meningkatkan kemudahan prasaran kepada penyokong tegar mereka dan pastikan pembangkang tidak ada lagi tempat dalam hati pemimpin BN. Masa berlembut sudah cukup! 
  7. PAS jelas ditolak secara total apabila gagal memenangi sebarang kerusi. Apakah kenyataan Hj Hadi yang menghina rakyat Sarawak dengan mengaitkan mereka memakai cawat menjadi punca utama kemarahan rakyat Sarawak kepada PAS ? Mungkin Presien PAS perlu bermuhasabah panjang selepas ini.
  8.  Secara keseluruhan menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN mendapat undi terbanyak dengan 372,379 undi, diikuti DAP (134,847), Snap (15,663), PKR (117,100), PAS (9,719), PCM (2,895) dan Bebas (20,064).
  9. Dalam kegembiraan menang PRN marilah semua bermuhasabah agar kemenangan ini dapat dikekalkan dengan izin Allah serta mampu mengatasi kekurangan dalam berkhidmat kepada rakyat selama ini. 


Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

1 ulasan:

JR Online berkata...

BN perlu bekerja lebih keras utk mendapat semula apa yg pernah menjadi miliknya dulu. Saya cadangkan beberapa langkah utk menguatkan kembali BN:

i) Cengkaman terhadap media perlu diteruskan dengan lebih ketat lagi, lebih keras dari regim komunis era tirai besi dahulu.

ii)Kebebasan bersuara juga perlu dihadkan ke tahap seminimum mungkin, kalau perlu bekalkan pita tutup mulut ke semua lokasi bagi menghalang rakyat bersuara.

Cari Blog Ini

Translate