Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 April 2011

Artikel Tulisan Sahabat-Gunung Pertahan Akhbar Suara Melayu - Utusan Malaysia !!!







Utusan Malaysia serupa dengan akhbar-akhbar yang lain, bertujuan menyebarkan berita kepada para pembacanya. Akhbar Utusan juga tidak lari dengan agenda untuk memberi kesedaran kepada pembacanya agar teguh berdiri sebagai satu bangsa yang utuh.
Ketua Pemuda Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, di dalam memberi kesedaran tentang tingginya makna bersatu, hari ini Utusan telah di tuduh sebagai satu akhbar yang rasis, hanya kerana memberi perkhabaran tentang pentingnya Melayu harus bersatu.
“Kepentingan Melayu yang sering kali diduga dan diusik oleh bangsa lain sering di beritakan oleh akhbar Utusan. Perancangan dan agenda yang akan menghakis kepentingan Melayu juga sering kali dihidu oleh Utusan dan ruangan Editorial tidak akan teragak-agak untuk berkongsi perkara ini dengan pembaca.
Berkemungkinan oleh sebab inilah ramai dikalangan pemimpin Cina tidak senang dengan pendedahan yang dilakukan oleh Utusan. Utusan dijadikan kambing hitam dan dianggap musuh oleh puak pelampau Cina,” ujarnya.
Bangsa Cina sering kali menulis artikel didalam ruangan Editorial di akhbar Cina untuk mendesak Kerajaan memenuhi kehendak mereka dan ada diantara artikelnya memberikan kata dua kepada kerajaan sekiranya permintaan ini tidak dipenuhi.
Adakah orang Melayu sedar akan perkara ini? Adakah Melayu pernah berbuat apa tindakan didalam perkara ini?
Jesteru itu, kenapa perlu DAP dan MCA bergabung untuk memboikot Utusan ? Ini merupakan peperangan terbuka yang dilancarkan terhadap akhbar Melayu dan orang Melayu seharusnya sedar dan bangkit dari lamunan !
Kita mahu ingatkan kepada semua yang suka mengusik kepentingan Melayu agar lebih berhati-hati. Api yang dinyalakan akan membara sekiranya kita tidak mengawalnya, dan jangan melihat hanya Melayu yang diluar ini, pikirkan juga Melayu yang ada di kem-kem askar!
Utusan Malaysia merupakan akhbar untuk orang Melayu, dan akhbar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri didalam perjuangan mempertahankan Tanah Melayu, jesteru itu cukuplah kamu memboikot di negeri-negeri pembangkang dan cukuplah kamu tidak memberi iklan kepada Utusan, tetapi jangan kamu hidupkan api ini untuk kita berperang secara terbuka.

Artikel Oleh : Blog Sahabat Gunung

Panglima : Utusan Malaysia membawa dan mempertahan serta membela hak rakyat Malaysia khasnya orang Melayu dari ahli politik yang rasis, terasis dan perasis dalam Pakatan Rakyat.

Tindakan ini tidak membawa maksud hak kaum lain dinafi atau cuba diambil sedikitpun. Cuma untuk memastikan tidak akan ada pencerobohan hak bangsa Melayu oleh segelintir chauvanis yang gigih mengulang isu orang Melayu untuk keuntungan politik mereka.

Sikap sebegini pasti merosakkan negara kita dan menyalakan api permusuhan antara kaum. Sedangkan kita telah hidup aman damai tanpa perbalahan hasil dari perpaduan yang kukuh sesama rakyat berbilang bangsa dan agama.

Peningkatan sokongan khasnya di Sarawak membuktikan agenda kecinaan mereka semakin kuat dan usaha menghalangnya perlu dibuat oleh semua pihak. Dan media yang menyokong usaha ini ialah Utusan Malaysia !

Semua orang Malaysia perlu faham hakikat ini kerana tidak ada orang Islam bangsa Melayu yang akan menanam kebencian kepada orang Cina kecuali jika Cina tersebut cuba menyakiti hati orang Melayu. Seperti yang dibuat oleh DAP dan segelintir dalam PKR serta beberapa orang dalam PAS !

PAS dan pemimpinnya tentu gelisah dan resah melihat perkara ini dan sudah pasti mereka semakin tersepit antara menjaga hati kawan atau hati penyokong mereka yang semakin memendam rasa melihat satu persatu agenda perkauman berjalan lancar khasnya di Pulau Pinang di bawah DAP.

Moga kita akan sedar dan menghalang mereka dengan izin Allah.


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate