Pemain Sape ini Panglima saksikan persembahannya di Seri Aman minggu sudah bersama Man Kidal..
Bloggers yang akan ke Sarawak kena kenal apa dan siapa yang diminati penduduk Sarawak..
Blogger Dewangga Sakti ada menulis tentang pemain sape ni :
Jerry Kamit contohnya, merupakan pemain alat muzik tradisional sape suku kaum Iban terkenal di Sarawak pernah merakamkan album lagu-lagu berteraskan budaya masyarakatnya di sana.
Pemain sape itu bukan setakat popular di Bumi Kenyalang, malah nama beliau turut menjadi sebutan ramai hingga di peringkat antarabangsa sejak hampir 10 tahun yang lalu.
Keunikan muzik berteraskan budaya Iban yang dipersembahkan oleh Jerry sentiasa memukau para penonton, misalnya ketika beliau beraksi pada acaraRain Forest Music Festival di Santubong, Sarawak, dua tahun lalu.
Blog beliau di sini : http://dewanggasakti.blogspot.com/2009/02/menggali-khazanah-muzik-etnik.html
Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah
4 ulasan:
Salam Panglima,
pembetulan sikit bro,
sebenarnya alat muzik sape merupakan muzik tradisional suku kaum Kenyah dan Kayan iaitu kaum yang ada dalam masyarakat Orang Ulu manakala Jerry Kamit yg berbangsa Iban hanya bermain untuk tujuan komersil.
Orang Iban ada alat muzik tradisional mereka sendiri iaitu 'tabuh' yg menyerupai 'gong' kalu bagi orang Melayu dan ianya digunakan oleh kaum Iban untuk mengiringi tarian 'ngajat.'
Iban adalah majoriti dalam komuniti Dayak, lepas tu Bidayuh dan diikuti oleh kumpulan2 etnik dalam masyarakat Orang Ulu seperti Kayan, Kenyah, Kelabit, Berawan, Kiput, Murut, Kejaman, Penan dan banyak lagi etnik kecil.
Selamat Datang ke Sarawak :-)
satu 'pukulan balas' yang dialu-alukan..
pembetulan mcm ni sgt bagus utk pertingkatkan ilmu kita.
tq bro dan harap blogger dewangga akan sedar kesilapannya.
Sape Iban memang berasal dari alat musik iban kuno yang dinamakan belikan Iban.Kamu boleh lawati youtube Borneo Heritages atau pages fb Iban Heritages untuk fakta yang sebenar .Tapi belikan Iban lama sudah ditinggalkan sejak Iban pandai membuat musik taboh dari tawak dan gong .akhirnya sape belikan Iban diangkat oleh orang ulu.Sape itu alat musik lebih modern.
Yang cakap sape itu dari orang ulu sahaja ternyata dia buta sejarah.Sape itu berasal dari alat musik kuno Iban bertali yang dinamakan Belikan Iban.Tapi lama dah ditinggalkan.Sape orang Ulu itu alat musik bertali yang lebih modern.Sape Iban adalah sape yang ditransformasi dari Belikan.
Catat Ulasan