Harakahdaily melaporkan : PAS bertanding di lima kerusi dalam PRN Sarawak kali ini iaitu Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjong Datu dalam PRN kali ini.
Sehingga kini, keputusan yang diperolehi adalah Beting Maro (PAS 2578 BN 3014), Sadong Jaya (PAS 1072 BN 3949), Sebuyau (PAS 841 BN 2387), Muara Tuang (PAS 728 BN 2389) dan Tanjong Datu (PAS 655 BN 2940).
"Hanya di Beladin (kawasan Melayu) kami kalah lebih 1,000 undi. Saya terima kekalahan ini," kata Abang Mat, seorang peguam yang bertugas di Selangor.
- Tamat -
Terbukti orang Melayu sudah lari di beberapa siri PRK dan terbaru PRN Sarawak. Mereka tidak lagi percaya dengan parti yang berpelukan dengan DAP dan PKR ini.
Maka PAS kena muhasabah kenapa mereka makin ditolak selepas semakin liberal dan terbuka termasuk menggunakan artis dan pelakon menjadi penceramah mereka.
Semalam juga waktu tengahari seorang penyokong PAS dari Kelantan yang bertugas di sana telah meninggal dunia. Allahyarhan Mohammad Izan bin Yaakob, 56 meninggal ketika berbual-bual dengan rakannya.. Apakah kerana terkejut mendengar berita buruk yang pada mulanya disebut bahawa PAS akan menang di 5 kawasan di atas, akhirnya tidak menjadi realiti menjadi punca ? Wallahu A'lam...
Rakan-rakan penyokong PAS perlu sedar agama kita ISLAM sudah ditegakkan di negara kita.Agama kita ISLAM sudah berjaya dijadikan agama panduan dalam pemerintahan. Islam terbukti menjadi agama mendamaikan semua agama. ISLAM juga berjaya dipertahankan di Malaysia walau berkongsi kuasa.
Rakan-rakan penyokong PAS perlu sedar agama kita ISLAM sudah ditegakkan di negara kita.Agama kita ISLAM sudah berjaya dijadikan agama panduan dalam pemerintahan. Islam terbukti menjadi agama mendamaikan semua agama. ISLAM juga berjaya dipertahankan di Malaysia walau berkongsi kuasa.
Moga perkara ini menjadi iktibar kepada semua umat Islam agar jangan lagi menjadi punca kepada perpecahan sesama Islam di saat agama lain makin bersatu...
Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah
1 ulasan:
Kenapa PAS perlu merayu undi Melayu sedangkan mereka menolak Bangsa Melayu ..... kenapa tak bertanding di kawasan Cina ......???
Catat Ulasan