Sri Sathya Sai Baba meninggal dunia di India
NEW DELHI 24 April - Guru rohaniah, Sri Sathya Sai Baba yang dihormati berjuta orang pengikutnya, meninggal dunia hari ini di sebuah hospital di Selatan India pada usia 86 tahun.
Sai Baba yang dimasukkan ke dalam hospital di kampung halamannya, Puttaparti lebih sebulan yang lalu, meninggal dunia akibat kegagalan beberapa organ.
Pengikutnya dianggarkan seramai enam juta orang termasuk ahli politik India terkenal, hartawan perniagaan dan bintang Bollywood.
Sai Baba yang mempunyai rambut kerinting halus dan sentiasa mengenakan pakaian yang menjadi gayanya tersendiri iaitu jubah kuning, menguruskan sekolah dan hospital di beberapa buah negara.
Dia dikatakan memiliki kuasa mistik termasuk menjelmakan objek secara tiba-tiba.
Perdana Menteri Manmohan Singh berkata, kematian Sai Baba merupakan kehilangan besar kepada semua orang.
Kumpulan-kumpulan pengikutnya termasuk hakim-hakim tinggi dan birokrat dijangka menghadiri upacara pengebumiannya. - Reuters
http://www.utusan.com.my/
Panglima : Setiap yang hidup pasti mati. Firaun yang mendakwa diri Tuhan pun mati. Kerana lemas dalam lautan milik Ilahi. Sesiapa yang mahu menentang detik kematian pasti akan mati walau berjuta wang dan kuasa serta sanjungan yang diperolehi. Begitu juga dengan Sai Baba yang dikatakan hebat dengan berbagai kelebihan. Hingga mengaku diri sebagai Tuhan !
Kerana itu penting kita berguru dengan guru yang mursyid dan betul. Jika salah guru maka salah dan sesatlah kita dan juga perjuangan hidup kita hingga akhirnya. Nauzubillah !
Memetika kata-kata anak murid Tok Kenali (Tuan Guru Mohd Yusof Che Wook) : " sedarlah wahai sekalian anak bangsa ku, kini tibalah masa dan ketikanya untuk kita sama-sama bangkit dari lena yang panjang. Cukuplah hidup dibuai mimpi, yang indah disiang hari, terimalah hakikat bahawa sesungguhnya hidup kita ini, kena belajar dan haru menuntut ilmu makrifat(mengenal diri dan ilmu mengenal Allah). "
Mari kita belajar kerana ramai yang sesat samada menyembah selain Allah atau merasa dalam diri kehebatan makhluk selain Allah atau merasa diri sangat hebat hingga melupakan kehebatan itu diberi oleh Allah.
Marilah kita menjadi sebenar-benar hamba Ilahi.
Di bawah video 'karomah' Sai Baba yang dibongkar oleh penyelidik untuk iktibar kita semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan