Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 Mei 2011

Kelantan Bertemu Terengganu 'Final' Piala FA - KOSMO & Video Semalam

Piala FA: Kelantan, Terengganu ke final





PENYERANG Terengganu, Hadi Yahaya mengasak penjaga gol Pahang pada aksi separuh akhir kedua Piala FA di Kuala Terengganu malam tadi.



DUA gergasi Pantai Timur - Kelantan dan Terengganu akan membuat perhitungan pada final Piala FA 11 Jun depan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Kedua-dua pasukan mara selepas mengatasi lawan masing-masing pada aksi separuh akhir yang menyaksikan Terengganu mara dengan agregat 5-2 sementara Kelantan melangkah bergaya dengan agregat 6-2.
Semalam, Terengganu menewaskan Pahang 2-0 pada separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu selepas mencatat kemenangan 3-2 pada separuh akhir pertama di Kuantan minggu lepas.
Kelantan pula sekadar seri 1-1 dengan Selangor pada aksi kedua di Kota Bharu selepas menang bergaya 5-1 pada aksi pertama di Shah Alam minggu lepas.
Bagi Terengganu, mereka menamatkan penantian beraksi di final sejak 2004 selepas mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir piala berprestij itu.
Pada aksi separuh akhir kedua itu, skuad Penyu jelas berada dalam kelas tersendiri selepas menewaskan pasukan jiran, Pahang 2-0 untuk layak dengan agregat 5-2.
Lebih manis lagi, kemenangan yang dilakar di itu turut disaksikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan hampir 25,000 penyokong setia mereka.
Pada perlawanan semalam, bintang baru Terengganu, Abdul Hadi Yahya menjaringkan gol pembukaan pasukan tuan rumah pada minit ke-35.
Gol itu hadir menerusi sepakan penalti selepas Hadi dikasari penjaga gol Pahang, Mohd. Rosfaizul Azuar Ali dalam kotak penalti.
Bersambung babak kedua, Pahang cuba bangkit mencari gol penyamaan, namun beberapa asakan berbahaya ke pintu gol lawan gagal menemui sasaran.
Sebaliknya, Terengganu berjaya mengukuhkan kedudukan dengan gol kedua pada minit ke-85, kali ini menerusi Mohd. Ailimi Fahmi yang baru seminit dimasukkan menggantikan Joseph Kalang Tie.
Untuk rekod, kali terakhir Terengganu layak ke final saingan Liga Malaysia ialah pada perlawanan akhir Piala FA tahun 2004 yang menyaksikan pasukan dari Pantai Timur itu tewas 0-3 kepada Perak.
Sebelum itu, Terengganu telah dua kali melangkah ke pentas sama iaitu pada tahun 2000 yang menyaksikan mereka muncul juara selain pada tahun 1999 ketika tewas kepada Kuala Lumpur.


Video aksi menarik jaringan gol perlawanan antara Kelantan melawan Selangor dan Terengganu melawan Pahang semalam :








1 ulasan:

UMNO PARTI PENJARA berkata...

Pasti gomo...







Politik BN Poltik Setan - Undi BN Undi HARAM. Adik2 wajib sebarkan kpd mak ayah dan kawan2. Sayang adik :-)
>>>http://Blog1Malaysia.blogspot.com/<<<

Cari Blog Ini

Translate