Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

16 Mei 2011

Pelik Tetapi Benar : Penyamun Kini Berjubah Berkopiah - Berita Harian

gambar : Berita Harian

Pakaian tidak boleh menambah iman kepada seseorang. Sehebat mana pakaian atau rupa luaran tidak boleh menambah apa jua iman kepada pemakainya. 

Dalam Islam kita tidak ditekankan dari aspek pakaian. Kerana iman itu sendiri perkara yang tidak dapat disingkap dengan mata pandangan.

Pakaian kadangkala dipandang terlebih dari pada inti perbuatan. Pakaian sepatutnya menjadi pelindung aurat telah dianggap sebagai punca makrifat.

Sedangkan gambar terbaru di atas membuktikan bahawa orang yang beriman tidak semestinya berkopiah, berjubah dan berserban dan orang berkopiah, berjubah dan berserban pula tidak semestinya penuh iman dalam qalbu (hati) mereka.

Paling sempurna apabila akhlak Islam dibawa bersama dengan roh pakaian Islam itu bukan sebaliknya !

Jangan memakai pakaian agama tetapi perangai serupa dengan perosak agama yang menjadikan agama yang suci ternoda dengan perangai buruk mereka - Nauzubillah !

Nota : kejadian samun di atas berlaku di Bandar Baru Permas Jaya

2 ulasan:

fulisiakantora berkata...

Assalamualaikum, kalau diikutkan hati aku yg tak berapa nak tebal imannya ni, dah aku HALALKAN darah bangsat2 ni ditumpahkan. Nasib baiklah aku ada belajar agama sikit2 dgn imam muda. Nilah jadinya kalau Islam itu pada baju, bukan dekat hati. Mana kitab yg diorang ni belajar rompak sambil bertakbir2 segala. Memalukan Allah, Rasulullah SAW, Islam, mak bapak & keturunan. Astaghfirullah... sabar2.

Tanpa Nama berkata...

Dgn kejadian sebegini..bertambah buruk la imej Islam....!maka musuh2 Islam tergelak tercungap2 melihat gelagat org Islam dgn sedemikian rupa...
Maka musuh Islam akan spin kejadian ini dgn mengatakan bahawa Islam itu mmg agama keganasan.....
Siapa harus diperslahkan??....

wudi

Cari Blog Ini

Translate