Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2011. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Golongan terjejas dinasihat saman Bersih
KUALA LUMPUR 14 Jun - Para peniaga, penjaja dan pemandu teksi dinasihatkan supaya melantik peguam untuk menyaman penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sekiranya mereka meneruskan hasrat mengadakan perhimpunan di ibu negara pada 9 Julai depan.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, saman tersebut adalah bagi menuntut bayaran ganti rugi berikutan pendapatan mereka yang mungkin terjejas semasa perhimpunan berkenaan.
Menurutnya, hasil dialog dengan 23 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan sependapat bahawa perhimpunan Bersih tidak wajar diadakan.
"Perhimpunan itu akan menyusahkan rakyat, merugikan penjaja dan peniaga yang memiliki kedai serta menakutkan pelancong untuk datang ke negara ini.
"Selain itu, ia juga merugikan pemandu teksi di ibu negara, menghuru-harakan keselamatan dan memberi imej tidak baik kepada Malaysia di luar negara," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan dialog dengan Pekida Wilayah Persekutuan di Menara Dato Onn, di sini, hari ini.
Menurut Ahmad, selama ini rakyat hidup aman sepanjang tahun kerana tiada perhimpunan dan demonstrasi diadakan di ibu negara.
Beliau berkata, jika sekadar mahu menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Bersih boleh melantik 10 wakil untuk berbuat demikian dan tidak perlu mengadakan perhimpunan yang mencetuskan huru-hara sehingga menakutkan pelancong dan pelabur asing datang ke negara ini.
"Sebab itu, saya ingin mengesyorkan supaya seberapa banyak laporan polis dibuat terhadap Bersih oleh semua pihak dan NGO.
"Saya juga syorkan penjaja, peniaga dan pemandu teksi sediakan peguam untuk saman mereka (Bersih) kerana menggugat sumber pendapatan," ujarnya.
Menurutnya, semasa perhimpunan Bersih pada 2007, seramai 13,000 pemandu teksi telah mengemukakan saman menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM150 sehari tetapi ia tidak dilayan oleh pihak berkenaan sehingga ke hari ini.
Katanya, perhimpunan diadakan oleh Bersih tidak boleh disamakan dengan kebangkitan rakyat di negara Asia Barat kerana rakyat Malaysia masih bebas berpolitik, berceramah, memiliki surat khabar dan portal berita sendiri, manakala kadar pengangguran tidak serius berbanding negara berkenaan.
PANGLIMA : BAGUS CADANGAN INI. BIAR RAKYAT SENDIRI BANGKIT LUAHKAN PERASAAN MEREKA DENGAN MENYAMAN PIHAK PENGANJUR...BARU MEREKA TAHU !!!
KALAU DEGIL JUGA KITA PASTIKAN PAKATAN KALAH MENYEMBAH BUMI PRU 13 AKAN DATANG.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan