Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Jun 2011

Malaysia Tangga 19 Paling Aman Di Dunia - Naik Tiga Anak Tangga !!!


Negara paling aman: Malaysia duduki tangga ke-19 GPI

19/06/2011 5:11pm

PETALING JAYA 19 Jun – Sikap kesederhanaan majoriti rakyat telah membawa Malaysia menduduki tempat ke-19 negara paling aman dalam Indeks Keamanan Global (GPI) 2011, daripada 150 negara yang dibuat kaji selidik, naik tiga anak tangga berbanding kedudukan pada tahun lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, keputusan itu diumumkan pada penghujung Mei lepas berdasarkan kaji selidik Institusi Ekonomi dan Keamanan Sedunia yang berpangkalan di Sydney, Australia.
"Kita dapat mencapai sedemikian (tangga ke-19) kerana sikap kesederhanaan majoriti rakyat Malaysia yang berpandukan konsep wasatiyyah bagi penganut Islam dan konsep kesederhanaan dalam pelbagai penganut agama lain.

"Ini satu dorongan untuk terus mengekalkan keharmonian negara,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Minggu Perpaduan 2011 peringkat negeri Selangor di Taman Medan di sini, hari ini.
Dr Tsu Koon berkata, dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, Malaysia menyasarkan untuk mencapai kedudukan 10 teratas negara paling aman. – Bernama





Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2011. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate