Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 Jun 2011

Panasss : Sokong Demonstrasi BERSIH Bermakna Sokong Murtad - Ketua Penerangan Wanita UMNO

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2011. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih















 Jelas penganjur BERSIH Ambiga adalah penyokong IFC yang membela gejala murtad di Malaysia (video durasi 3:00 ). Maka penjelasan Ketua Penerangan Wanita UMNO Datuk Hamidah adalah tepat sekali bahawa sesiapa menyokong BERSIH bermakna menyokong seorang pembela kes murtad di Malaysia. 


Cerita Ambiga dan IFC yang ingin merosakkan Islam ada di sini http://pejuangbangsa57.blogspot.com/


Selain itu membuat perhimpunan yang BOLEH MENGANCAM ketenteraman awam adalah salah di sisi undang-undang dan juga agama Islam.

Orang Islam YANG SEBENAR tidak boleh menyokong orang yang membela Lina Joy yang mahu murtad apatah lagi berniat untuk menyakiti fizikal dan mental umat Islam yang lain khasnya pengguna jalan raya, pemandu teksi yang terganggu pendapatan mereka serta orang awam yang berhajat menyelesaikan urusan mereka.

Jangan lupa kita juga ada tetamu dari luar negara yang datang melancong ke negara ini yang menjadi antara punca pendapatan negara yang besar sumbangannya. 


Renungkan Firman Allah yang melarang perbuatan seumpamanya seperti berikut :

Firman Allah s.w.t.(bermaksud): Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata.  (Surah Al-Ahzab: 58)


Allah s.w.t. berfirman (bermaksud): ((Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan (atau perbuatan yang dilakukan) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)). (Qaaf: 18)


Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka (Yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.’
(Surah al-Israa’:53)






sabda Nabi kita Saidina Muhammad s.a.w.: 
‘Tidak lurus seseorang hamba itu, melainkan lurus hatinya. Dan tidak lurus hatinya melainkan lurus lidahnya dapat memelihara daripada kata-kata yang keji dan tidak masuk syurga seseorang itu yang sentiasa tidak lepas daripada mengganggu gugat jiran tetangganya.’

" Tidak harus bagi seorang muslim itu menimbulkan ketakutan pada diri saudaranya."  (riwayat Abu Daud)


# rujuk blog asal nas-nas di atas di sini http://tazkirah2u.my/ 


Sila baca juga tulisan http://ohpolitik.blogspot.com/ yang membongkar niat sebenar BERSIH iaitu untuk mengumpul sokongan rakyat terhadap perjuangan KOTOR Pakatan yang makin tenggelam sekarang.


Kesimpulannya : habiskan masa anda melakukan perkara yang bermanfaat seperti mendalami ilmu agama, meluangkan masa bersama keluarga dan berjimat di tengah kenaikan harga barang ini. Jangan juga Pakatan menggunakan warga asing seperti dari Indonesia untuk meramaikan BERSIH mereka...

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate