Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Julai 2011

A.Samad Said Dapat Duit Berjuta-juta Dari Anwar Ibrahim & Ainon PTS Punca Beliau Menyokong Pakatan ?


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. 


Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih




Satu email telah disiarkan oleh Blogger Papagomo seperti berikut berhubung isu A.Samad Said.


Salam Sdr Papagomo.

Artikel Sdr berkaitan penglibatan SN A. Samad Said dengan perhimpunan haram BERSIH adalah dirujuk.

Ramai orang tertanya-tanya apa kaitan penglibatan beliau dengan rangkaian pertubuhan haram ini yang jelas bermotifkan politik pembangkang, sedangkan beliau sebelum ini dilihat sebagai neutral dalam sebarang isu. Adakah kerana beliau tertipu dan terpedaya dengan helah pembangkang sehingga turut sama menyertai BERSIH atau ada niat lain yang beliau cuba sembunyikan?

Dalam dunia sastera Malaysia, tiada penulis yang tak kenal perangai A. Samad Said ini. Beliau sebelum ini banyak kondem Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) dengan pelbagai tuduhan hanya atas alasan DBP (kerajaan) tidak memberi layanan istimewa kepada beliau. Beliau mahu dibayar mahal dalam setiap acara yang melibatkan beliau, mahu disediakan segala kemudahan yang berkaitan seperti pengangkutan udara kelas bisnes, hotel bertaraf bintang serta kenderaan berserta pemandu. Itu tak termasuk permohonannya untuk mendapatkan kemudahan istimewa dalam aspek penerbitan karya-karyanya.

Namun beliau masih lagi protes dengan alasan kerajaan tak jaga kebajikan beliau yang bertaraf Sasterawan Negara.

Untuk makluman sdr, sebelum ini Pak Samad ada buat permohonan dengan kerajaan negeri Melaka pimpinan Datuk Seri Ali Rustam untuk membantu beliau menerbitan karya-karyanya atas kapasiti beliau sebagai penulis berstatus SN kelahiran Melaka. Permohonan itu dah diluluskan dengan nilai jutaan ringgit melalui satu MOU timbal balik, iaitu Kerajaan Melaka beri duit untuk beliau terbitkan buku dan buku itu kemudiannya akan diberikan kepada kerajaan Melaka dalam jumlah tertentu.

Katanya wang bernilai RM3 juta telah diserahkan kepada Pak Samad untuk tujuan itu. Pak Samad kemudiannya telah menubuhkan syarikatnya sendiri, Wira Bukit Sdn. Bhd. yang diuruskan oleh anak lelakinya, Helmy Samad.

Namun projek ini dikatakan gagal mencapai matlamat untuk menerbitkan semua karya-karya beliau tetapi duit yang diperuntukkan telah habis digunakan. Pak Samad dikatakan minta lagi daripada kerajaan Melaka tetapi telah ditolak kerana peringkat pertama pun telah gagal dilaksanakan sedangkan duit dah habis dibelanjakan. Ini telah menimbulkan kemarahan Pak Samad.

Kemudian penerbit PTS Sdn. Bhd milik Ainon Mohd, -sekutu pembangkang dan Anwar Ibrahim telah mengambil alih projek berkenaan dan mendapat hak milik semua karya Pak Samad dan buku-buku beliau untuk diterbitkan semula untuk jualan.

Adakah penglibatan Pak Samad dalam BERSIH kerana marahkan kerajaan kerana mendakwa tidak memenuhi permintaan-permintaan beliau yang berlebihan itu? Atau adakah Pak Samad telah terhutang budi dengan Ainon Mohd yang telah memberikan 'nyawa' semula kepada beliau dalam projek penerbitan buku-bukunya?

Rakyat harus tahu tentang ini. Salam hormat.

Emel Kiriman





Bagi Panglima hanya mereka yang ditawar duit atau pangkat sahaja yang sanggup diperkudakan demi mendapat apa yang dihajatkan.

Orang berakal sudah lama tinggalkan Pakatan yang memang dipenuhi kaki penipu dan penyamun.

Yang join Pakatan hanya di kalangan mereka yang dihasut dengan kemarahan untuk membenci Kerajaan.

Kalau tak diajar perkara yang menimbulkan kebencian tentu tidak akan berjaya perjuangan mereka.

Lihat siapa yang mengajar sifat benci kecuali SETAN seperti firman Allah dalam Al Quran di bawah :

Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?  
(  سورة المائدة  , Al-Maeda, Chapter #5, Verse #91)

Sebab itu kita kena minta dijauhkan dari syaitan agar tidak ada seteru atau permusuhan sesama umat Islam. Firman Allah :

“Tuhanku, aku mohon perlindunganMu dari bisikan-bisikan (tipu daya) syaitan-syaitan. Dan aku mohon perlindunganMu supaya mereka tidak dapat mendekatiku.” (Al-Mu’minun : 97-98)

Syaitan perlu dijauhi bukan dijadikan kawan seperti fatwa ulama politik PASiq yang kata sanggup berkawan dengan Syaitan.

Ternyata memang mereka sudah pun berkawan dengan syaitan sehingga sanggup gadaikann perjuangan Negara Islam ditukar kepada negara kebajikan. Termasuk mengatakan Allah mencarut dan samseng.


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate