Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 Julai 2011

Cerita Seminar 1Malaysia Bloggers & Facebookers Semalam Yang Diluar Jangkaan - Terima Kasih YB Datuk Ahmad Maslan !!!




YB Datuk Ahmad Maslan memang seorang yang sukar ditandingi. Samada dari segi kepetahan berhujjah, mengingati fakta, membuat kelakar, melayani rakyat jelata atau kepantasan bekerja.

Semalam beliau sekali lagi membuatkan kami tidak terduga apabila sudi hadir bersama bloggers dan facebookers di Akademi Kenegaraan Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri untuk bersama bloggers dan facebookers yang mengikuti seminar 1Malaysia anjuran BTN tersebut.


Meskipun sesi bersama beliau tidak dijadualkan !





Ini kerana beliau memang padat dengan jadual ke sana ke mari namun kami para pembela negara di alam siber bertuah dapat bersama dalam pertemuan tertutup dengan beliau walaupun hanya sejam. 

Ketika ramai Menteri atau Timbalan Menteri masih lagi ada yang tidak peduli dengan golongan kita - pengamal media baru ini, namun Tok Mat sudi hadir memberi amanat penting kepada para bloggers dan facebookers. 

Rezeki yang tidak sedikitpun Panglima dan kawan-kawan terduga.

Antara yang hadir semalam dan bertuah dapat bersama Tok Mat ialah blogger antaranya :




JENTAYUABAKA

http://politikharian.com/

http://1peluru.blogspot.com/

Double - Y

http://penaksj.wordpress.com/

http://kulaanniring.blogspot.com/

http://keris7lok.blogspot.com/

Badut Rakyat

MALAY DELIMA

http://pewaris-wasiat.blogspot.com



Manakala Facebookers yang turut hadir dan menjadi ahli panel ialah Lily Hashim, Nora Elina Khalil, Zharif, Suffian, dll

Sekali lagi terima kasih Tok Mat kerana telah sanggup bertemu bloggers sebulan sekali seperti yang diminta oleh Panglima kepada beliau dalam pertemuan tersebut. Sememangnya kami memerlukan input terkini dari YB yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia bagi mempertahankan negara kita dari musuh-musuhnya di alam maya.

Semoga kita semua akan dapat bersama lagi di sesi akan datang. 

Insya Allah !!!

Jangan lupa kita perlu jayakan gagasan 1Malaysia demi menyatukan rakyat seluruh negara berbilang bangsa dan agama...




nota : tak sangka kerusi penuh semasa sesi dengan Tok Mat petang semalam !!!


Gambar sepanjang program :


ceramah oleh Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Tun Faisal Ismail

Sesi pendaftaran

peserta menikmati minum pagi



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate