Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Julai 2011

PATRIOT PEMUDA UMNO BATAL PERHIMPUNAN - HORMAT TITAH KHAS YDP AGONG SEMALAM




Pergerakan Pemuda UMNO yang melancarkan Himpunan Patriot (Patriot) membatalkan hasrat untuk mengadakan perhimpunan itu pada 9 Julai ini kerana menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bahawa demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim, pembatalan itu bagaimanapun tidak bermakna Patriot akan dibubar sebaliknya ia mungkin akan didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan memelihara kedaulatan negara. - Utusan Online



sumber : http://sejarahmelayu.blogspot.com/2011/07/patriot-batal-hasrat-berhimpun-junjung.html




Sebelum ini Panglima sudah tulis sepatah agar PEMUDA tidak sertai perhimpunan untuk menerjah BERSIH 9 Julai 2011 nanti.


Ia akan memburukkan lagi keadaan dan atas keputusan yang diambil ini, sekalung tahniah diucapkan kepada PATRIOT kerana ramai nyawa dan harta benda akan dapat diselamatkan dari berpotensi cedera atau mati 9 Julai 2011 nanti.


Iktibar dari Mesir ketika pemberontakan rakyat mendesak Hosni Mubarak turun, perlu kita jadikan pedoman. Dimana lebih 800 orang telah mati sepanjang tunjuk perasaan tersebut (klik sini)


Ketika perhimpunan berlangsung, ada juga yang telah mati akibat tembakan rambang dari orang tidak dikenali - jelas menunjukkan bahaya perhimpunan dibuat meskipun atas nama AMAN.


Mahukah situasi tersebut berulang di negara kita ?


Seperti kisah pernah saya dengar : Cina di Indonesia makin menderita selepas kejatuhan Suharto bukan semakin senang kerana huru hara yang tidak terkawal di negara umat Islam terbesar di dunia tersebut.


Ada yang turut dibakar, disula akibat kekacauan yang tidak terkawal akibat himpunan awam beramai-ramai.


Rambut sama hitam tetapi kita tidak dapat cam siapa yang nak pertahan negara dan siapa pula nak melihat negara kita huru hara.


Alhamdulillah dengan titah khas DYMM SPB YDP Agong semalam sedikit demi sedikit negara kita nampaknya akan kembali aman.




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2011. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate