UMNO adalah parti dipimpin orang Islam. Selama ini sudah 53 tahun tilawah Al Quran peringkat kebangsaan dan Antarabangsa dianjur oleh Kerajaan BN yang diterajui UMNO. Terbaru Tilawah Al Quran Wanita UMNO dianjurkan.
Yang peliknya Kerajaan PAS Kelantan sejak 20 tahun memerintah bukan sahaja melarang qariah menyertai tilawah bahkan tidak pernah berusaha memartabatkan Al Quran dengan menganjurkan tilawah Al Quran.
Mereka mendabik dada mengatakan parti mereka pejuang Islam tetapi malangnya majlis tilawah Al Quran dihalang disertai qariah negeri dan turut memperlekeh usaha UMNO menganjurkan majlis tilawah.
UMNO bukan sahaja memartabatkan Islam melalui tilawah (bacaan) bahkan sehingga kini kedaulatan agama Islam dipelihara dan agama juga dihormati sepanjang masa.
Hayati bacaan Al Quran dan mungkin lebih baik jika rakaman dipanjangkan (boleh ke minaq-jinggo?) kerana suara mereka semua merdu dan lunak didengar dalam meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Maha Esa.
Selamat menyambut Ramadhan dari Panglima moga Allah terima amalan kita semua, Amin.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan