Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Ogos 2011

Gempar - Milo Suam Sudah Bertaubat Dan Jadi Blogger Pro Barisan ?


Keghairahan Milo Suam menyiarkan potongan video Tun Mahathir di blog beliau, yang dilihat seolah-olah membenci Dato Seri Najib Tun Razak telah ditonton oleh Panglima sebentar tadi. 


Pelik dalam hal ini nampaknya blogger Pakatan seperti Milo Suam telah menjadi lebih Umno dari orang Umno sendiri dengan membangkitkan perkara yang tidak pasti seperti gosip di atas. Artikel yang Panglima maksudkan tentang dakwaan Tun Mahathir tidak suka Dato Seri Najib menjadi Perdana Menteri di blog beliau yang anda boleh klik di sini


Tun Mahathir sekali lagi cuba dilagakan dengan Dato Seri Najib selain dengan Timbalan beliau Tan Sri Muhyidin Yassin.


Kita yakin jika ada sebarang cubaan menggantikan tempat Dato Seri Najib tentu ia akan dilakukan selepas selesai Pilihanraya Umum 13 nanti.


Itu pun jika TS Muhyidin ada cita-cita tinggi ingin menjadi PM dan gelojoh seperti Anwar Ibrahim pernah mencuba untuk menikam dari belakang Tun Mahathir.


Adakah gerakan ini yang disokong oleh kumpulan bekas wakil rakyat PENAWAR suara majoriti atau suara minoriti yang cuba dimajoritikan kepada pandangan rakyat ?


Bersama kita fikir adakah untung jika Perdana Menteri yang baru sahaja memegang kuasa dan masih jauh lagi perjalanannya memajukan Malayasia yang sudah terbukti pencapaian beliau - diturunkan pangkat oleh tangan blogger seperti kita ?


Adakah di saat kita berdepan berbagai cabaran hari ini dan ketika itu juga kita mahu mengambil kesempatan atas kesempitan keadaan ?


Buktikan dengan jelas kepada saya apakah kesilapan besar Perdana Menteri setakat ini dan saya pasti akan bersama anda jatuhkan beliau !!!


Jika tidak jangan harap saya akan menjadi petualang merosakkan negara kita walau atas nama apa jua yang anda inginkan.




Biarkan 2 penggal Dato Seri Najib memegang tampuk pemerintahan negara di dalam memajukan negara kita. Jangan cuba timbulkan huru-hara.




Sekian dan mohon jangan jadi Pak Turut tetapi fikirlah dengan tenang apakah dosa-dosa yang dilakukan Perdana Menteri sehingga kita perlu menggantikan beliau dengan orang lain samada Ku Li atau Muhyidin.




Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya...




Cerita kononnya blogger Pro Tun M akan serang PM disentuh Tun Faisal di blog beliau di sini


http://tunfaisal.blogspot.com/2011/08/5-blogger-pro-bn-pro-tun-m-akan-serang.html


dan ditulis juga oleh UMNO Reform di sini http://umno-reform2.com/front/






Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

2 ulasan:

Habub berkata...

Tu bukan pro bn tp mmg strategi puak pembangkang nak pecah belah umno. Tun tak pernah cakap dia nak najib letak jawatan apatah lagi cuba nak jatuhkan najib.sila baca full blog entry tun M utk kepastian. Ternyata milosuam buat fitnah di bulan puasa ni.

zahari1950 berkata...

Video ni memang dah di sunting. Pada saat ke 33 perkataan "ntah kenapa saya tukar fikiran" itu ditujukan kepada siapa? Ayat sebelum itu dan selepas itu pastinya telah potong atau dieditkan bagi menjustifikasikan seolah-olah ayat tersebut ditujukan kepada Dato Najib.

Yang layak ayat tersebut ditujukankan oleh Tun adalah terhadap Anwar?. Bukankah Anwar dulu Tun Dr Mahathirlah yang memilihnya jadi Timbalan PM. Kemudian beliau menukar fikiran dengan memecat Anwar. Jadi cuba kita fikir dengan logik. Siapa yang layak menerima kritikan tersebut. Datuk Najib adalah PM. Dia nak angguk kepada siapa?. Dia yang paling atas. Jikalau Anwar memang dia sring angguk dengan DAP dan Yahudi bagi meminta tolong lepaskan dia dari tuduhan liwat.

Kelemahan setiap makhluk Allah yang dinamakan manusia memang ada. Siapakah yang langsung tiada cacat celanya di dunia ini melainkan hanya nabi sahaja.

"Milo Suam" adalah seorang yang amat membenci UMNO/BN/PM dan segala-galanya tentang kerajaan. Adakah suntitngan video anda ini berintergriti?.Saya rasa Tun Mahathir masih waras untuk menguhuruharakan UMNO/BN dan negara dengan speech yang sedemikian.

Cari Blog Ini

Translate