Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Oktober 2011

Mesti Baca : Peluang Menjadi Blogger Di Blog Panglima Kini Dibuka !!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum wrt wbt dan Salam 1Malaysia.


Pagi ini Panglima ingin mengucapkan pujian kepada Allah yang telah menghidupkan selepas mematikan kita semalam. Nikmat diberi peluang bernafas disyukuri dan mudah-mudahan dengan peluang yang diberikan ini kita akan dapat meneruskan perjuangan.


Perjuangan ada yang melibatkan perjuangan diri seperti mengejar kejayaan dalam kehidupan atau mencapai impian yang diharapkan.

Perjuangan juga ada berbentuk perjuangan organisasi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.



Perjuangan juga ada yang didasarkan kepada apa yang digariskan oleh agama Islam. Termasuk memastikan bangsa berjaya tanpa menghina bangsa lain atau menyekat peluang mereka.


Juga perjuangan mempertahankan negara juga salah satu perjuangan yang dikejar dan diharungi oleh segelintir manusia yang sedar kedudukan negara dan ancaman terhadapnya. Walaupun mereka tidak diberi apa-apa dan tidak terkenal di mata pemimpin negara.


Oleh kerana itu di dalam misi untuk meneruskan perjuangan mempertahankan agama,bangsa dan negara di alam siber ini maka Panglima ingin membuka ruang untuk anda semua mencurahkan idea dan luahan rasa, berkongsi berita, gambar peristiwa dan sebagainya di blog ini.


Pandangan anda barangkali tidak dibaca oleh Perdana Menteri lantaran kesibukannya tetapi ada berpuluh lagi orang sekeliling beliau yang akan membaca sekaligus membawa idea menarik yang anda hantar ke sini untuk manfaat kita semua.


Maka jangan bertangguh lagi hantar segala apa yang menarik kepada Panglima dan jangan lupa sertakan nama sebenar anda atau nama pena selain lokasi anda berada serta jawatan atau kedudukan anda samada dalam syarikat atau parti.


Inilah peluang anda menjadi blogger bersekutu di sini tanpa memerlukan anda menempuh perjalanan sukar di dalam membuka blog atau twitter atau facebook.


Segala sumbangan anda diharapkan diberi sebaik-baik ganjaran oleh Allah dengan diberkati segala perjalanan kehidupan anda sehingga diberi sebaik-baik pengakhiran dalam kehidupan (husnul khatimah)




Email panglima : panglimaperangcyber@yahoo.com dan anda juga boleh menghantar melalui Yahoo Messenger atau Skype menggunakan ID : panglimaperangcyber.









Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate