Bayar RM1,000 untuk bercerai
KUALA LUMPUR - Hasrat penyanyi Siti Nursaida Tarudin untuk bercerai termakbul apabila suaminya, Mohd. Ghazali Yahya Fikri bersetuju menerima RM1,000 daripada kakak penyanyi tersohor Siti Nurhaliza itu sebagai bayaran tebus talak (khuluk) dengan talak satu.
Jumlah itu diterima dengan rela hati oleh Mohd. Ghazali 40, selepas penyelesaian yang dicari dalam tiga majlis hakam sebelum ini sejak setahun lalu tidak membuahkan hasil kerana Saida, 35, wanita yang dikahwini selama 15 tahun berkeras untuk berpisah.
Kecewa dengan tindakan Saida yang juga plaintif, Mohd. Ghazali selaku defendan enggan melafazkan cerai terhadap isterinya, sebaliknya menyerahkan kepada wakil hakam iaitu pegawai mahkamah untuk berbuat demikian.
Anggota badan hakam bagi pihak Mohd. Ghazali kemudian melafazkan cerai talak satu terhadap Saida, manakala wakil wanita tersebut selepas itu dilihat menyerahkan wang tunai RM1,000 kepada Mohd. Ghazali.
Bapa kepada empat anak itu bagaimanapun enggan menerima wang tersebut, sebaliknya menyerahkan wang berkenaan kepada mahkamah.
Terdahulu, Hakim Mohd. Suhaily Rosdi di Mahkamah Rendah Syariah di sini meminta kedua-dua pihak bersalaman dan bermaaf-maafan, namun bekas jurutera kaji bumi itu memberitahu ia tidak perlu.
Saida bagaimanapun terus pergi ke arah suaminya yang berdiri di hujung meja dan menghulurkan tangan, namun tidak disambut, sebaliknya defendan berkata: "Sampai hati awak buat macam tu kepada saya."
Saida yang dilihat kekok dengan situasi tersebut hanya mendiamkan diri tetapi Mohd. Ghazali ditegur hakim supaya tidak bercakap.
Sementara itu, proses cerai beberapa kali terganggu disebabkan kedegilan Mohd. Ghazali yang mahukan Saida tidak membuat tuntutan terhadap harta dan anak-anak kerana mendakwa perceraian tersebut berlaku disebabkan kecurangan wanita tersebut.
Lantaran itu, hakim menasihatkan defendan supaya memfailkan permohonan lain sekiranya tidak berpuas hati dan rasa teraniaya kerana masing-masing berhak mendapat keadilan.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini
http://www.kosmo.com.my/
Perceraian jangan dijadikan alasan melupakan tanggungjawab terhadap keluarga.
Perceraian banyak berpunca apabila salah seorang pasangan gagal memberi komitmen kepada keluarga akibat kerja atau hubungan curang dengan orang ketiga.
Keengganan suami Saida menceraikannya dilihat usaha beliau mengekalkan rumahtangga demi kebaikan keluarga. Beliau yang telah mengahwini Saida pada 14 Disember 1996 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa ,14, Anas, 11, Khalid, 7 dan Siti Nurul Mashitah, 5 tidak mahu rumahtangganya hancur.
Hingga dilaporkan bahawa beliau berkata
"Sampai hati awak buat macam tu kepada saya." !
Namun ia gagal menghalang kedegilan Saida menuntut diceraikan oleh suaminya meskipun sudah mempunyai anak yang ramai hasil perkahwinan 15 tahun mereka.
Apakah punca semua ini akibat kilauan glamour yang dikecapinya selepas bergelar selebriti ?
Adakah kakak Siti Nurhaliza ini juga mahu mencari peluang membina kekayaan dari kemasyhurannya seperti Siti ?
Menurut suami Saida beliau mendapati isterinya telah curang dengan lelaki lain seperti bingkisan dalam laman ini http://www.wstarz.com/latest/kakak-siti-nurhaliza-siti-saida-curang/latest
Sesenang mana hidup pun jika mendatangkan kemurkaan Allah pasti tidak ada guna jua akhirnya.
Jangan kita mudah lupa diri walaupun ia penyakit di kalangan orang yang rosak sudah hatinya.
Moga Allah menjaga hati kita dari dosa dan dari ditutup sehingga menjadi pekak bisu atau buta.
Semoga tidak ada lagi perceraian di kalangan artis atau rakyat biasa yang hanya akan menjadikan keluarga makin huru-hara bukan sebaliknya.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan