Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 November 2011

YAB Perdana Menteri Selesai Tunaikan Haji (Gambar)



Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor mengerjakan tawaf haji di Masjidilharam, Mekah, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 6 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah haji bersama jutaan umat Islam lain.

"Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai," kata Perdana Menteri menerusi laman Twitternya.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di Malaysia.

Najib dan Rosmah ialah antara 28,000 rakyat Malaysia yang menyempurnakan ibadah haji tahun ini.

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir. 

— BERNAMA

http://www.utusan.com.my/

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate