Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Disember 2011

Darjah Mahkota Seri Utama Negara Oleh YDP Agong Kepada Sultan Kelantan Semalam


Sultan Kelantan dikurnia Darjah Utama Seri Mahkota Negara


SULTAN Muhammad V bergambar kenangan selepas berkenan menerima Darjah Kebesaran Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) daripada Najib Tun Abdul Razak yang mewakili Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negeri, Kubang Kerian, semalam. Turut hadir Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan Rosmah Mansor. - BERNAMA



KOTA BHARU 7 Dis. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan darjah kebesaran, Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Pengurniaan darjah kebesaran tersebut telah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewakili Seri Paduka, dalam satu majlis ringkas di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini, hari ini.

Dalam majlis berasingan, Sultan Muhammad berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi) (SPMK) kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Kedua-dua majlis tersebut turut disaksikan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan kerabat diraja yang lain.

Turut hadir antaranya, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Timbalan Menteri Besar Kelantan,Datuk Ahmad Yakob.

Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja baru-baru ini telah memilih Sultan Muhammad sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa 13 Disember ini.







DAULAT TUANKU SULTAN MUHAMMAD V ATAS KURNIAAN INI.

ALLAHU AKBAR





Patutlah PM datang ke Kelantan semalam. Rupanya untuk acara ini. Info ternyata sahih.


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate