Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Disember 2011

Live Dr Hassan Ali Di Rancangan 'Soal Jawab' TV3 @tv3malaysia



Sebentar tadi baru sahaja selesai rancangan Soal Jawab yang menampilkan ahli panel yang sedang menghadapi serangan demi serangan dari rakan partinya sendiri iaitu Dr Hassan Ali.

Panglima sendiri satu ketika sama seperti Dr Hassan Ali melihat PAS adalah sebuah parti Islam. NAMUN SEGALANYA BERUBAH BILA BERTEMU ARIFBILLAH DI KOTA KAHERAH sehingga mengubah secara total pandangan Panglima terhadap agama dan PAS khususnya.

DULU kita melihat persoalan kopiah janggut serban sebagai persoalan yang amat besar. NAMUN SELEPAS memahami konsep sebenar agama kita di kota ilmu Mesir barulah kenyataan sebenar dapat dicapai.

Sangat hebat luahan rasa Dr Hassan Ali yang benar-benar ikhlas ingin mengembalikan PAS ke landasan yang asal iaitu untuk menegakkan negara Islam.

Keikhlasan beliau jelas terpancar di mana berulang kali ditegaskan berulangkali bahawa perjuangannya adalah demi Islam, Melayu dan Raja.

Tanpa mengenepikan bangsa lain yang turut berada di Malaysia.

Orang seperti beliau yang gigih memulihkan orang murtad namun diserang segenap penjuru dalam parti Islamnya.

Bukankah ia petanda Pas bukan Parti Islam kerana membiarkan orang bersemangat Islam seperti Dr Hassan Ali keseorangan?

Baca kejayaan beliau memulihkan orang murtad seperti yang disiar oleh MyMassa

http://mymassa.blogspot.com/2011/12/gempar-inilah-sebab-kenapa-dap-arahkan.html




Mula menulis jam 11 pm 21.12.2011
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate