Sebentar tadi program berbasikal Jejak Perpaduan atau Step2Unity peringkat negeri Pahang sudah dilancarkan di Sg Ular Kuantan Pahang.
Kebetulan Panglima berada di sini dan sempat mengambil beberapa keping gambar program tersebut. Panglima ada urusan di sini dan sampai semalam.
Rupanya ia sudah berjalan sejak awal Disember yang lalu di Perlis dan akan berakhir di Putrajaya malam tahun baru nanti.
YAB Perdana Menteri dijangka menyambut rombongan jejak perpaduan ini.
Matlamat program ini adalah untuk memupuk perpaduan kalangan rakyat Malaysia.
Pemeriksaan kesihatan juga turut diadakan oleh Kolej Shahputra dan Panglima sempat memeriksa kandungan gula dan tekanan darah.
Alhamdulillah paras normal 6.2 untuk kandungan gula dan 130 tekanan darah Panglima.
Pasukan Pancaragam tentera dan kompang selain JPAM juga terlibat dalam menjayakan program ini.
Peserta berbasikal diiringi polis trafik yang mengiringi sepanjang perjalanan untuk kelancaran trafik dan keselamatan.
Sekian laporan dari Kuantan Pahang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan