Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 Januari 2012

Dr Hassan Ali Dedah Dihalang Jalan Tugas Cegah Maksiat Oleh Orang PAS di Pulau Pinang Semalam




Hasan kecam pemimpin Pas


Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my



HASAN Ali berucap di hadapan kira-kira 5,000 pengunjung pada majlis Himpun di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam. - MINGGUAN/SAZALI CHE DIN


KEPALA BATAS 28 Jan. - Bekas Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mengecam kepimpinan Pas kerana sanggup melarang ahlinya daripada menghadiri program berkaitan akidah seperti Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun).

Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, mereka itu disifatkannya sebagai parasit perosak akidah kerana tidak menyokong gerakan untuk menyelamatkan umat Islam daripada bencana murtad.

Menurutnya, adalah tidak logik parti yang mendokong perjuangan Islam selama ini bertindak sedemikian.

''Bila pemimpin Pas kata jangan pergi di Shah Alam, saya pergi juga. Majlis berhimpun untuk menentukan satu keputusan penghakiman (kes liwat Anwar Ibrahim), dia suruh datang tapi majlis mengesakan Allah, mentauhidkan Allah, dia kata, jangan pergi...jangan pergi, di mana logiknya?
"Kalau teman daripada PKR, saya tidak terasa sangat sebab mereka parti campur. Ada orang Cina, India dan Melayu, saya boleh faham.

"Tetapi saya tidak faham jika bekas parti saya tidak membenarkan ahli-ahlinya daripada menghadiri majlis akidah dan menghalang mereka pergi program akidah.

"Saya bukan nak bawa irama politik tetapi inilah realiti," katanya ketika berpidato pada Himpun peringkat Pulau Pinang di Dewan Pusat Budi Penyayang di sini hari ini.

Kira-kira 5,000 hadir pada program bertemakan Selamatkan Akidah itu.

Hadir sama Pengerusi Bersama Himpun, Mohd. Azmi Abdul Hamid; Pengarah Urus Setia Himpun negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman.

Hasan menambah, meskipun berdepan pelbagai halangan dan rintangan, Himpun tetap diteruskan pada masa depan dengan menjelajah ke setiap negeri.

Jelasnya, ia penting kerana ramai masyarakat Islam termasuk pemimpin Pas sendiri tidak percaya tentang gejala murtad yang semakin serius dan perlu dibendung segera.

Malah, katanya, semasa menjadi Exco Selangor dulu, ada orang Pas sendiri menghalangnya ketika menjalankan tugas mencegah maksiat.
sumber : http://www.utusan.com.my/


Dr Hassan Ali telah mengotakan janjinya untuk menjelajah seluruh negara dan Pulau Pinang menjadi destinasi terbaru semalam.

Pendedahan beliau sudah pasti mengejutkan semua namun yang perlu dimuhasabah oleh ahli-ahli PAS ialah bukan soal Dr Hassan Ali kecewa tetapi kekentalan jiwanya mempertahankan isu akidah umat Islam sehingga sanggup dipecat oleh partinya sendiri dan juga jawatan Exco Agama Islam.

Lihat sahaja mimik muka beliau sudah tentu kita akan dapat melihat adakah beliau ini seorang yang gilakan kuasa seperti sesetengah muka pemimpin PAS yang lain sehingga sanggup berceramah di gereja.

Dengarlah suara luahan hatinya dan rasailah adakah ada sebarang hasrat tersirat di dalam perkataan atau perbuatan beliau ?

Panglima percaya kerana akidah dia sertai PAS dan kerana akidah juga dia sanggup dipecat dari PAS yang disertainya sejak 15 tahun lepas.

Syabas Dr Hassan Ali !!!

Nasihat Panglima - tidak perlu untuk beliau sertai UMNO tetapi berjuanglah cara begini seperti nasihat Naib Presiden UMNO Dr Zahid Hamidi semalam.

Imbas kembali bacaan doa beliau di HIMPUN pada 22 Oktober 2011 di Stadium Shah Alal



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate