Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 Januari 2012

@drhasanali Bidas @anwaribrahim Mahu Hapus Undang-Undang Gay ( Video ) cc @NajibRazak


berita perlantikan pengganti Dr Hassan Ali klik sini



Soal pemecatan jawatan beliau sebagai Exco berikut komen Dr Hassan Ali :



Pagi ini saya menerima surat dari Istana memaklumkan tentang pengguguran saya sebagai ahli Exco berkuat kuasa mulai 16 Januari 2012. Di peringkat ini, saya merasakan bahawa tarikh pengguguran itu sebenarnya bercanggah dengan kuatkuasa keahlian saya sebagai ahli Pas yang sepatutnya tamat pada hari akhir tempoh rayuan. Saya tidak ada masalah atas pengguguran sebagai ahli Exco ini.

Sebenarnya saya telah menulis surat kepada Menteri Besar untuk memohon bercuti sehingga hari tamat tempoh rayuan dan Menteri Besar telah pun meluluskan cuti saya itu. Ini bermakna pelucutan saya sebagai ahli Exco berlaku dalam keadaan secara teknikalnya jangka hayat keahlian saya masih berjalan sehingga minggu pertama bulan Februari 2012. Mungkin Menteri Besar terlepas pandang menasihatkan Sultan Selangor mengenai perkara ini.

Seperti saya sebutkan, saya tidak ada masalah di atas pengguguran ini. Malah saya telah bersedia secara mental dan fizikal untuk menghadapinya. Bagi saya, ini adalah asam garam perjuangan. Perkara ini tidak sedikitpun menganggu hasrat saya untuk memperjuangkan sesuatu yang paling murni dalam hidup seorang insan iaitu mengagungkan Islam.

Hanya saya tertanya-tanya apa di sebalik tindakan yang begitu tergesa-gesa untuk memecat dan menggugurkan saya. Tindakan tergesa-gesa ini seolah-olah menampakkan ada pihak yang begitu tidak sabar-sabar untuk mengeluarkan dan menggantikan tempat saya. Walhal dari segi pengguguran ahli Exco saya sepatutnya masih ada tiga minggu lagi tempoh bertenang untuk membuat keputusan yang terbaik.

http://www.utusan.com.my/

Panglima :

Dosa Dr Hassan Ali dipecat tidak lain kerana beliau tegas isu murtad, arak dan judi di Selangor, ketika mana pemimpin PAS yang lain sudah lama tidak memikirkannya dalam konteks perjuangan mereka.

Dah tak ada telur untuk perjuang Islam...kerana sudah hilang dicuri DAP PKR !!!


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate