Isu Anwar Ibrahim akan mempertahan negara Israel yang dirampas dari rakyat Palestin sudah ke gegendang telingan dan pandangan mata rakyat Malaysia dan dunia beberapa hari lepas.
Perkara ini begitu hebat diperkata di dada akhbar dan siaran media eletronik.
Dalam masa yang sama isu beliau akan menghapuskan undang-undang lapuk termasuk liwat, belum lagi reda.
Ramai berpandangan Anwar Ibrahim akan melalui laluan mudah selepas menang kes liwat pada 9 Jan 2012 yang lepas.
Namun pada sisi pandangan Panglima, laluan beliau lagi sukar selepas satu persatu cubaan membina gunung persepsi negatif terhadap Perdana Menteri dan Barisan Nasional, musnah selepas penghakiman yang dibaca tidak sampai tiga minit, meletupkan segala kepalsuan yang telah dicipta sejak sekian lama.
Tidak ada sebarang pujian dilambungkan kepada sistem keadilan atau memohon kemaafan atas tohmahan bahawa sistem kehakiman Malaysia tidak adil dan memihak kepada pemerintah.
Begitu juga 5 ribu penyokong yang hadir tentu kecewa kerana tidak mampu beraksi menjadi hero seperti di negara padang pasir yang telah berjaya mencipta revolusi atau dinamakan 'Arab Spring' yang baru disambut beberapa hari yang lalu di Mesir selepas setahun kejayaan mereka menumbangkan Hosni Mubarak.
Mujurlah beberapa bom meletup untuk menimbulkan suasana tidak selamat meskipun ia tidak sampai ke peringkat meragut nyawa, hanya mencederakan beberapa orang termasuk seorang peguam. Namun bagi sebuah negara aman seperti Malaysia, kejadian tersebut tidak boleh dipandang ringan kerana ia bukan perkara biasa dalam kehidupan kita.
Dalam video di atas, Anwar Ibrahim cuba membina persepsi bahawa semua pihak perlu diberi keadilan termasuk rakyat Israel. Walhal kita tahu rakyat Israel adalah pendatang yang merampas hak orang Palestin dengan kekerasan demi meluaskan jajahan negara haram mereka.
Kata Anwar di durasi 3.50 : 1) mesti terima legitimate aspiration of palestinian people. Mesti pertahan hak aspirasi perjuangan rakyat Palestin. 2) Kalau ini diterima saya tidak pertikai untuk jaga kedamaian supaya jangan ada peperangan di antara Palestin dan Israel. Maka saya kata saya terima Kerajaan Israel dipelihara dengan aman.
Adakah kenyataan Anwar Ibrahim ini punca Hj Hadi Awang terlalu kecewa sehingga mengumumkan akan mengundur diri PRU 13 akan datang ?
kita menunggu apa yang akan terjadi selepas ini.
Rasanya Pakatan akan hancur sebelum PRU 13 kerana pergaduhan sesama mereka di saat angan-angan menduduki Putrajaya hampir berpindah dari alam mimpi ke alam nyata.
Baca kenyataan Hj Hadi akan mengundur diri yang dilapor Sinar Harian beberapa jam yang lalu....
Beberapa kali Anwar Ibrahim juga beberapa kali sebut perkataan bodoh seperti bodoh jika undi Umno dan ustaz bodoh. Nampak tekanan makin memuncak lantaran penangan Dr Hassan Ali membuat jelajah menelanjangkan parasit dalam PAS selepas dipecat angkara tekanan beberapa pihak pro Anwar dalam PAS.
Jika isyarat undur diri belum lagi difahami oleh ahli PAS, mereka sebenarnya tidak layak digelar penyokong beliau lantaran tidak memahami mesej tersirat yang cuba disampaikan secara halus oleh Presiden PAS tersebut.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
1 ulasan:
KALAU ANDA PERASAAN KENYATAAN ANWAR TERBALIK DARIPADA YANG DIPERJUANGKAN SELAMA INI DAN MEMBUAT KENYATAAN YANG BERTENTANGAN DENGAN ISLAM.DAH TERKENA SUMPAH LAKNAT DARIPADA SETRUNYAnednes.
1.ISU MURTAD
2.GUNA NAMA ALLAH OLEH KRISTIAN
3.ISLAM LIBERISASI
4.ISU GAY DAN PERUNDANGAN
5.ISU ISRAEL
6.VIDEO SEKS YANG BUKANNYA.
7.KONSPIRASI KERAJAAN
8.16 SEPT DLL
SEMUA NI MUNGKIN ADALAH KERANA TERMAKAN SUMPAH OLEH ORANG TERANAYIA
Catat Ulasan