Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 Januari 2012

KUIN 5 - STRATEGI SERANG PAS ATAS ARAHAN @anwaribrahim... ???




Kuin 5: Mahasiswa protes sikap membisu PAS


Nigel Aw
4:54PM Jan 18, 2012






Kira-kira 20 pelajar mengadakan bantahan di luar ibupejabat PAS hari ini sebagai membantah tindakan parti itu yang membisu berhubung tindakan menggantung lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kedah.


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak adalah pengerusi lembaga pengarah Kuin yang di bawah kerajaan negeri pimpinan PAS.

Kelima-lima pelajar itu digantung selepas berdemonstrasi di Kuin tahun lalu.

"Sehingga hari ini, tidak ada pendirian rasmi dari PAS mahupun Pakatan Rakyat. Kami tuntut supaya mereka campurtangan," kata Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Mohd Safwan Anang.

"Sebelum ini, kami pernah berarak ke ibupejabat Umno. Hari ini kita berhimpun di ibupejabat PAS untuk menyatakan pendirian kami menentang Akta Universiti dan Akta Kolej Universiti."


Turut bersetuju dengan kenyataan itu adalah Mohd Aiman Abd Razab (kiri) - seorang daripada lima pelajar yang digantung pada Jun lalu. Katanya, ini adalah mengenai prinsip.

"Kami akan terus berjuang demi menegakkan prinsip-prinsip kami (berhubung kebebasan akademik).

“Ini bukan tentang parti atau warna kulit, kita tidak mengamalkan dwi-standard. Di mana suara kita boleh diluahkan jika di bawah Pakatan kita juga cuba disenyapkan?" soal beliau.

Selain Mohd Aiman, pelajar yang dikenakan tindakan itu adalah Mohd Faiz Mohd Arshad yang digantung dua semester manakala Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran.



Panglima : bagi melawan PAS pelajar Safwan Anang digunakan. Bagi melawan UMNO Adam Adli digunakan. 

Taktik untuk memastikan ramai ikon huru-hara akan dilahirkan seberapa segera untuk menjadi YB baru yang jambu lagi cute untuk PKR.

Hebat perancangan Anwar dan kumpulan mereka. Tetapi sayang hebat mereka ialah untuk merosak negara dan masa depan anak muda, bukan untuk membina.

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate