Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 Januari 2012

Menteri Pertahanan Lawan Fitnah Tony Pua Isu Kapal Selam



BAGAN DATOH: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi "mempelawa" anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua untuk bertemu dan mengemukakan bukti kepada beliau berkenaan dakwaan liar pembelian kapal selam oleh kerajaan.


"Jangan hanya berani bercakap di belakang saja, datang jumpa saya kemukakan semua bukti untuk berbincang.


"Datang bertemu dengan saya bila-bila masa, kemukakan fakta (bukti) mengenai isu pertahanan, jangan keluarkan kenyataan di media dan melakukan pelbagai tuduhan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) kawasan Parlimen Bagan Datoh pada Sabtu.


Ahmad Zahid mengulas dakwaan Pua bahawa kapal tempur pesisir pantai (LCS)telah meningkat berbilion ringgit sebaik saja tender pembinaan enam LCS diberi kepada Boustead Naval Shipyard (BNS).


Sebelum ini, Menteri Pertahanan itu menjemput Pua untuk menaiki kapal selam di Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA 11), tetapi Pua menolak. - BERNAMA

Artikel berkaitan sila klik sini : http://www.utusan.com.my/ 

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate