Gambar bersama family ini disiar demi membolehkan pembaca mengenali sedikit sebanyak Panglima sekeluarga.
Meskipun tidak jelas - jangan risau satu ketika nanti topeng Panglima akan dibuka kepada semua.
Masa akan menentukan detiknya Insya Allah.
Baru-baru ini gambar anak arnab juga telah dipamerkan. Permulaan kepada transformasi untuk muncul menjadi blogger berwajah.
Dalam bab menulis etika menulis paling diutamakan Panglima demi memastikan kredibiliti blog akan meningkat.
Tidak guna pampang wajah sebenar tetapi artikel penuh lucah, mencarut dan beraliran songsang.
Lagi teruk jika mengaku pejuang tetapi menghentam Ulil Amri dan merendahkan Menterinya yang belum bersalah.
Orang tidak akan percaya sangat jika pembangkang burukkan pemimpin kita tetapi orang akan sangat percaya jika orang dalam sendiri yang menabur dan menyebarkan persepi songsang (adik beradik fitnah) yang disebut dalam Al Quran lebih dahsyat dari membunuh orang.
Kekalahan UMNO Pru yang lalu dan juga 21 tahun di Kelantan, tidak lain kerana perbuatan pengundi UMNO sendiri yang mengundi Pakatan.
Alhamdulillah kini setiap bulan hampir 200 ribu mengunjungi blog Panglima meskipun bukan blogger sepenuh masa.
Artikel ini ditulis pun sambil melayan puteri bongsu yang masih belum tidur.
Satu sahaja harapan Panglima kepada anda samada blogger, facebooker atau twitterian- agar kasihkan agama, bangsa dan negara kita walau terpaksa menggadaikan apa sahaja yang kita ada.
Bersabarlah wahai pejuang, kesusahan dunia hanya sementara.
BALASAN BESAR menunggu kepada orang yang lurus dan tulus hatinya berjuang bukan kerana harta, pangkat atau wanita.
Kita menulis bukan kerana seseorang, juga bukan ditawar ganjaran wang, tetapi kita menulis demi menegakkan kebenaran yang kita pegang!
Sekian, selamat malam.
Wassalm.
nota : dikemaskini pada 17.1.2012 selepas gambar asal tidak terbit disebabkan masalah teknikal pada mulanya. mohon maaf.
1 ulasan:
Syabaz Panglima,saya mnyokong anda100%
Catat Ulasan