Rumah terbuka Malaysia Tahun Baru Cina di Sitiawan
21/01/2012 7:09pm
JELEBU 21 Jan. — Kira-kira 50,000 orang terdiri daripada pemimpin negara dan orang awam dijangka hadir untuk memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2012 di Sitiawan, Perak, pada 28 Jan. ini.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata majlis sambutan yang dijangka paling hebat itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Perayaan sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina itu anjuran kementerian adalah yang paling hebat dan kami menduga mungkin hampir 40,000 ke 50,000 orang akan bersama-sama.
"Di situ semua pemimpin terutama dari parti MCA akan bersama-sama Perdana Menteri dan kami akan mempunyai satu kumpulan besar di mana kita akan meraih perasaan cintakan budaya masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra di pekan Titi, di sini hari ini. — BERNAMA
http://www.utusan.com.my
http://www.utusan.com.my
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan