Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Januari 2012

Syabas - Ketua Pemuda UMNO @khairykj Cabar Dedah Berapa Ahli Melayu Sertai DAP cc @NajibRazak @anwaribrahim @cmlimguaneng

Panglima : inilah yang kita mahu. Jika boleh isu kenapa kempen Asal Bukan Umno tidak boleh dijadikan isu perkauman kerana jelas Pakatan membuat kempen terhadap sebuah parti orang Melayu bernama UMNO. Walhal sepatutnya mereka patut menentang Barisan Nasional bukannya Umno sebagai sasaran kempen politik mereka. Yang menyedihkan ialah orang Melayu PAS PKR turut sama menjayakan kempen perkauman lagi rasis tersebut. Sedangkan dalam PRU lawan BN ialah Pakatan bukan parti. Meskipun Pakatan hingga hari ini ialah sebuah parti yang gagal didaftar dan layak digelar pakatan yang haram dan luar undang-undang.... Baca laporan Utusan Malaysia cabaran Ketua Pemuda UMNO di bawah.


Khairy cabar DAP umum jumlah ahli Melayu

IPOH 23 Jan. - Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin mencabar DAP mengumumkan jumlah orang Melayu yang menjadi ahlinya jika benar ia parti berasaskan berbilang kaum seperti yang sering didakwanya.

Menurutnya, penyertaan tiga orang Melayu ke dalam DAP baru-baru ini belum cukup untuk menunjukkan bahawa parti dominan Cina itu adalah parti berbilang kaum.

Katanya, ia juga tidak boleh dijadikan asas untuk mengatakan wujud kecenderungan kalangan orang Melayu untuk menyertai DAP.

"Jangan tunjuk tiga orang sahaja. Itu hanya tiga orang. Kita hendak tahu berapa ramai di peringkat bahagian, negeri dan pemimpin DAP adalah ahli Melayu.

"Jangan cakap DAP parti berbilang kaum sedangkan mereka tidak dapat keahlian daripada masyarakat Melayu," katanya kepada pemberita selepas Program Turun Padang Ketua Pemuda BN ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Buntong, Parlimen Ipoh Barat di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman DAP tentang penyertaan orang Melayu ke dalam parti itu antaranya bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Mohd. Ariff Sabri Aziz dan veteran UMNO dari Negeri Sembilan, Aspan Alias baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pemuda UMNO negeri, Khairul Azwan Harun dan Ketua Pemuda UMNO Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi.

Sementara itu, Khairy juga yakin pelbagai program pendidikan, kerjaya, sukan dan kebajikan, di samping kempen di alam siber yang dilaksanakan Pemuda BN sejak tiga tahun lalu mampu menarik golongan muda untuk menyokong BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

"Saya bukan cakap retorik tetapi berdasarkan tujuh dan lapan pilihan raya kecil lalu, kita dapati pengundi muda semua sudah kembali kepada BN," ujarnya.

Ditanya berapa ramai golongan muda menyertai BN selepas PRU 2008, Khairy memberitahu, beliau tidak mempunyai data mengenainya tetapi bilangan yang menyertai Pemuda UMNO sahaja sudah melebihi 100,000 orang.

"Yang masuk Pemuda UMNO sahaja, pada tahun lalu kita dapat 50,000 orang dan sebelum itu seramai 30,000 orang. Saya rasa jumlahnya sudah cecah lebih 100,000 dalam tempoh tiga tahun," katanya.

Selain program turun padang di Buntong, Khairy juga menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Pemuda BN serta Pelancaran BN Pilihan Orang Muda dan Penyampaian Alatan Sukan di Taman Mior Aris di Padang Rengas.

Beliau juga melancarkan Gerak Gempur dan Skuad Bermotor Pemuda BN serta merasmikan Rali Motorcross Terbuka Malaysia di Lenggong dalam rangka lawatan seharinya ke Perak hari ini.


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate