Harap kekeliruan isu 15K yang disebut Ust Azhar sebelum ini yang kononnya diterima oleh puak ILMU akan selesai.
Sudah tentu dalam hal ini kita tidak mahu golongan agama bergaduh sesama sendiri.
Apa yang penting kita ambil perkara baik yang ada dari kedua pihak dan menolak perkara yang tidak kita setujui pada mereka.
Begitu juga tuduhan Dajjal kepada Ust Azhar Idrus juga tidak patut dibuat jika benar dilakukan oleh pihak ILMU.
Mari kita bertaubat sebelum terlewat.
Firman Allah swt :
(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #263)
Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
( سورة آل عمران , Aal-e-Imran, Chapter #3, Verse #89)
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
7 ulasan:
mana boleh selesai. Fitnah. Pegi la mintak maaf. Dah kantoi baru gelabah. Jangan jadi mcm Anwar dah laa...
Yang dok kata sifat 20 tu sesat ... Nik ajis ... tak caya cuba chek!! So, ostat azharpung kenalah perbetulkan kesesatan nik ajis tu ... sebab jelas ostat azhar pertahangkang nik ajis tak sesat ... walhal nik ajis kata pelajaran sifat 20 tu berasal dari filsafat yunani ... akhir zaman ni, ramai benar jadik pelupa.
dia yang sesat dok maki hamun ulamak ilmu apa citer bila dah kena perangkap tak mengaku pulak siap tudah pulak ulamak ilmu kata dia dajjal memang jenis puak-puak nie kalo buat salah dan silap tak pernah nak mengaku sama jer depa ni semua macammana perangai kepala ketua umum depa dan murshitul depa sama jugak perangai anak buah ...
salam,
ustaz azhar yang cakap tanpa bukti. pandai pula pusing. dengar orang cakap, lepas tu pi cerita depan orang ramai, bukan fitnah ke?
dia terima la orang kata dia dajjal. pasal dia memang dah macam tu. cakap dok menipu. bab agama, cakap macam pandai. hafal semua buku. orang tanya tak rujuk apa-apa dah. balun ikut sedap mulut. polis yang halang penunjuk perasaan BERSIH pun dah jadi zalim. pasal ikut sedap mulut cakap. rujuk dan cari bukti dulu baru cakap.
bila n.ajis cakap yang menentang ulama, awak tak bantah pulak. tak ada soalan kot bab tu. orang pi dengar dia ceramah dan soal jawab pasal syok nak gelak jer. dia memang ustaz loyar buruk. boleh buat lawak je. apa yang dia sampaikan, kena selidik dulu, pasal dia pun dapat maklumat tak betul.
panglima jangan dok percaya sangat kat dia tu.
Assallamuallaikum...
Disini saya nak komen sedikit tentang ustaz azhar..saya melihat dan mendengar ceramah atau pun kuliah ustaz kebanyakannya suka menghina,mencaci org lain..sebagai seorang ustaz, saya tak nampak dari segi bicaranya dia nya adalah layak dok di pasar.Sebagai org yang ada ilmu agamaa jgalah lah tutur kata,jagalah tertib bila bicara semasa memberi ceramah apabila berada di dalam masjid. Jadi jgn marah klu org gelarkan ostaz dajjal.Saya sebagai org awm nak nasihatkan ustaz azhar jaga lah tutur kata kamu, kata pepatah kerana mulut badan binasa.
Saya berpandangan kita perlu ambik yang baik dari ustaa azhar idrus.
Jangan nila setitik habis dibuang susu sebelanga.
Bila UAI kutuk wahabi sekaligus ia terkena sekali batang hidung nik aziz dan hj hadi.
Soal perkataan nampak kasar, mungkin cara bahasa orang terengganu gayanya macam tu.
Adat setempat atau uruf mereka tidak menganggap perkataan itu sebagai kasar.
Sekian, wallahu a'lam.
pelik la yang dok mengata kt ustaz azhar ni... x takut dosa ke? kalau ustaz tu ajar benda2 salah.. sesat.. g la lapor pejabat agama.. tangkap abus cerita.. melalak x tentu pasal.. org menyumbang untuk agama sume salah.. ajak mat rempit jd baik pon salah.. apa yg betulnye? org yg dok kutuk2 ni apa plak sumbangan kamu untuk islam? jgn nyesal plak kt akhirat nnti pahala kamu sume dpt kt ustaz.. kalo rasa phala pon berutang jgn ada hati nk tmbh dosa.. peringatan untuk aku gak...
Catat Ulasan