Sekali imbas tidak ada apa apa yang boleh dikaitkan dengan Mursyidul Am PAS yang masih lagi enggan mengundur diri PRU akan datang.
Namun jika jawatan imam dikias kepada kedudukan beliau sebagai Mursyidul Am PAS sudah tentu sudah sampai masanya untuk Nik Aziz Nik Mat sebagai orang lama untuk mengundur diri.
Selepas Hj Hadi berhasrat berundur, Datuk Nik Aziz mungkin boleh berundur mengikut jejak langkah Presiden PAS tersebut.
Jika tidak, nampak sangat kata-kata beliau sendiri yang pernah berjanji akan undur jika Tun Mahathir undur sudah layak digelar munafik walau berserban berjubah.
Jangan ingat munafik zaman Nabi tidak berserban berjubah, bahkan merekalah orang paling dekat dalam saf mengikut nabi bersolat berjemaah.
Munafik bukan dinilai dari luaran tetapi dari amalan mereka yang suka melakukan perkara bertentangan dengan Nabi ajarkan. Seperti perpaduan, mempertahan maruah Islam, memaafkan, berakhlak mulia dan sebagainya. Ketika Nabi mendoakan hidayah kepada Umar Al Khattab, Nik Aziz pula mendoakan pecah perut kepada lawannya Datuk Seri Najib Tun Razak.
Baca kisah tentang perkara tersebut di sini http://anakcucujawa.blogspot.com/
Ketika sakit, orang itu juga yang datang menziarahinya di hospital tanpa sebarang prasangka atau niat membalas kejahatan yang dilakukannya seperti menyesatkan UMNO dan mensekularkan perjuangan UMNO yang jelas tidak benar sama sekali.
Marilah kita bermuhasabah menilik diri adakah benar PAS parti perjuang Islam atau bertopeng Islam sahaja demi mendapat kuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan