Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

12 Februari 2012

Peminat Ustaz Azhar Idrus Sokong Keputusan Tidak Jadi Calon Pas !

Menurut info di Sinar Harian hari ini 11 Feb 2012 Ustaz Azhar Idrus mengesahkan tidak akan bertanding sebagai calon Pas dan juga bukan ahli Pas.

Sebelum ini Panglima sudah menulis perkara tersebut dengan menyiarkan kenyataan Hj Hadi yang menafikan UAI bakal menjadi calon Pas. Disiar oleh Sinar Harian beberapa hari yang lepas.

Keputusan tersebut telah disambut baik oleh peminat beliau seperti yang disiarkan imej di atas.

Ulama seperti beliau tidak perlu menjadi ahli politik kerana medan dakwah akan menjadi semakin sempit dan pasti akan rosak apabila agama dijadikan modal untuk keuntungan politik.

Sepatutnya kita jadikan politik untuk menguatkan agama Islam dan menjamin kedamaian dan perpaduan.
Bukan perpecahan dan rusuhan.

Terima kasih Ustaz Azhar Idrus atas kenyataan tersebut dan semoga ia dipegang bukan dilanggar seperti Nik Aziz yang menjadikan kata-kata sebagai pemanis kata dan bukan untuk dikota.

Janji beliau mahu berhenti jika Tun Mahathir berhenti dan janji mahu beri RM100 kepada warga emas sejak 1990 gagal ditunaikan hingga hari ini. Isu tanah ladang rakyat juga gagal ditunaikan.

Satu info baru diterima, duit parking MPKB juga tidak diaudit dan khabarnya ia diguna untuk mesyuarat pemimpin Pas di luar negara seperti Phuket dan Bandung. Satu lagi khabarnya bapa Nik Aziz pernah sakit mental atau disebut 'sasaran' dan Panglima harap ada komen dari pihak yang tahu perkara tersebut untuk mengesahkannya.

Info juga beritahu dengan membayar sejumlah wang seseorang akan diberi surat sebagai rakyat Kelantan untuk
melayakkanya membeli tanah di Kelantan. Termasuk Cina atau India. Ia diguna atas alasan status tanah pajakan

Kita tunggu penafian Pas isu ini.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate