Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

16 Februari 2012

Program Jiwa Murni ATM bukan kacau kontraktor tempatan - Zahid


16/02/2012 2:51pm



KUCHING 16 Feb. - Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia yang setakat ini telah berjaya mengurangkan kos pelaksanaan projek sehingga lebih 70 peratus di Sarawak bukan bertujuan menghalang kontraktor tempatan untuk memperoleh projek-projek berkenaan.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata, para kontraktor tempatan masih tetap berpeluang untuk terlibat dalam projek-projek berkenaan sebagai pembekal bahan-bahan binaan serta kerja-kerja sub-kontrak.

Beliau berkata, kerajaan bukan sahaja mengambil kira penjimatan daripada segi kos pelaksanaan dan tempoh penyiapan projek di bawah program ini tetapi turut mengambil kira aspek sosio-ekonomi rakyat di Sarawak secara keseluruhannya.

"Daripada anggaran kos RM700 juta, kita dapat menyiapkannya pada harga kos RM200 juta. Daripada lima tahun, kita dapat menyiapkannya dalam tempoh dua tahun.

"Kita hanya hendak membuktikan tugas tentera dalam keadaan aman ini adalah untuk memasyarakatkan tugas kita,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Ordnans 71 Batalion Kor Diraja di Kem Pending di sini. — BERNAMA

http://www.utusan.com.my/

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate