Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 Februari 2012

Video Badrul Amin Nafi Khalwat Dan Mungkin Mahu Saman Timbalan Pengarah JAIP ( Nada Gugup Sedih Kecewa ) cc @NajibRazak


Panglima mengambil sikap menunggu fakta-fakta tentang kes ini sebelum mengambil keputusan mengulasnya. Berdasarkan perbincangan awal dengan rakan-rakan, kami khuatir ini satu perangkap samada kepada Umno atau perangkap sesama PKR atau terperangkap dengan godaan Iblis dan Syaitan..

Dengan video ini jelas nampak kegugupan dan ia menimbulkan persoalan ketelusan Badrol Amin dalam memberikan kenyataan video di atas. Jika tidak bersalah Panglima merasa pelik kenapa mahu diletak jawatan. Adakah ini satu perangkap sesama PKR untuk 'mengkambinghitamkan' beliau ? Boleh jadi juga kerana apabila isu ini timbul maka persepsi mereka mahu bina ialah ini satu taktik kotor UMNO demi mengekalkan kuasa mereka dan menuju Putrajaya. 

Dalam politik apa sahaja boleh berlaku dan tidak mustahil mungkin ada orang mahu menaikkan nama Pakatan dengan mencipta isu khalwat dengan menjadikan orang yang bertaraf ustaz sebagai kambing hitam mereka untuk menarik simpati rakyat.

Orang paling bersih dipilih untuk kerja paling kotor, bukan begitu?




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate