Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 Februari 2012

VIDEO LAGU INGAT NABI - LAW KANA BAINANA - Sempena Hari Jumaat Mohon Berkat @NajibRazak

LAW KANA BAINANA


Puisi Intro----------


Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.Kami mohon pada-Mu...Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,Dari sudut hati kami yang paling dalam...


Start-----


Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlahdengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harumDan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...


Hidayahmu kepada alam merata meluas,Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....


Wahai Kekasihku, wahai Nabi MuhammadWahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipujaDirimu memiliki kelebihan yang diakuiOleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.


Panglima : keras benarkah hati kita bila sukar menangis membaca dan mendengar kisah cinta baginda SAW kepada umatnya?


Kasih baginda ketika hayat hingga kiamat, namun mana tanda kasih kita kepada Nabi pembawa rahmat ?


Kalaulah nama baginda jarang diucap patut benarlah kita dalam azab dunia hingga akhirat. Kerana tandus cinta Nabi yang jadi kita dicintai jika subur cinta baginda dalam hati.


Mari berselawat kenang Nabi terbaik yang diutus untuk sebaik baik masa dan umat agar kita tidak diharam dari syafaat  !


Mari bersaudara jangan bersengketa...


Allahumma Solli'Ala Saidina Muhamadin Waalihi Wasallim.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate