Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 Mac 2012

Ada Juga Rakyat Fikir PM @NajibRazak Bawa Kemusnahan Perlu Letak Jawatan - Celaka 3x Kata Nik Aziz

Kalau masih ada orang mahu turunkan PM seperti twitter di atas, Panglima fikir beliau bukan rakyat Malaysia.

Limpahan kesenangan yang dinikmati rakyat melalui Kr1m Br1m dll termasuklah subsidi selama ini, terbukti telah menaikkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri bukan sebaliknya mengikut kajian Merdeka. Center.

PDRM barangkali boleh siasat siapa yang tweet samada orang Malaysia atau negara Australia.Untuk mengetahui lokasi dan kerakyatan mereka.

Kalau Nik Aziz diserang macam ni sudah tentu akan cakap 'celaka' jika naik kemarahannya. Seperti isu almenantunya Ir Fahmi.

Seperkara lagi antara kita masih dengar ada orang yang mahu kita guna cara menyerang menggunakan video lucah untuk menaikkan Barisan Nasional, soalannya adakah ia perlu lagi selepas semua perkara baik untuk rakyat sudah berjaya dilaksana?

Panglima tertarik pandangan seorang blogger otai Zahrain Hashim yang turut tidak bersetuju video seks digunakan untuk membunuh Anwar dalam majlis tertutup di Hotel KLIH di KL semalam. Walaupun beliau sering mencipta kontroversi namun pemikirannya wajar diteliti untuk masa hadapan negara kita.

Hubungan baik beliau dengan Perdana Menteri juga perlu dinilai dalam hal ini samada kata-kata beliau adalah datang dari dirinya atau YAB Perdana Menteri kita.

Ia juga dikongsi seorang lagi otai blogger yang ditemui, menyifatkan serangan terhadap Anwar Ibrahim isu video seks adalah berbentuk individu manakala serangan Pakatan kepada BN berbentuk dasar yang melibatkan Kerajaan. Itu membezakan serangan pembangkang dan BN.

Meskipun anda mahu ataupun tidak mahu menerima cadangan ini, marilah kita berfikir adakah betul strategi yg kita gunakan atau tidak. Ada pandangan memberitahu rakyat tidak gembira dengan isu video seks sebelum ini kerana ia boleh merosakkan anak muda kita selain memalukan ibubapa..

Video Anwar menari yang ada di youtube sudah cukup baik untuk membuktikan beliau sihat dan boleh meliwat atau berzina - untuk mendedahkan pembohongan beliau yang didakwa sakit tulang belakang dan mustahil mampu meliwat orang.

Anwar sudah hampir musnah walau tidak dibantu video lucahnya kerana kita menyerang dasar Pakatan bukan peribadi pemimpinnya. Dasar dan pegangan merekalah seperti isu Kalimah Allah dan Islam Liberal yang menjadi sasaran kita kerana ia terbukti merugikan rakyat dan agama bukan menguntungkan kita.

Tindakan menyerang menggunakan video seks beliau dikhuatiri menimbulkan persepsi bahawa ia dihasilkan oleh Umno untuk menfitnah Anwar walaupun ia jelas milik beliau dan tidak ada kaitan dengan Umno atau Barisan Nasional.

Ia juga akan menimbulkan persepsi bahawa Anwar sangat hebat sehingga video seks pula terpaksa digunakan kerana beliau. terlalu kebal untuk ditembusi 'peluru' isu biasa. Walhal ia sudah pun mencederakan beliau dan hampir 'mematikannya' !!!

Ini hanya pandangan Panglima dan terpulang kepada anda untuk menilainya.

Maaf Panglima bukan ada Phd atau gelaran Datuk, cuma ada sekeping hati dan akal yang diberi Ilahi untuk berfikir tentang perkara taktikal ini berdasarkan perbincangan dua tiga pihak dan analisa beberapa peringkat.

Ada pegawai khas PM pernah berkata, YAB Perdana Menteri tidak menerima video lucah kerana ia benda kotor, wajar difahami oleh rakyat termasuk kita sebagai blogger pembela negara.

Sekian,wassalam.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate