Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

21 Mac 2012

Aturcara Pelancaran YSS Oleh PM@NajibRazak Malam Ini

Aturcara Pelancaran YSS & Amanat PM kepada Warga Kampus mlm ini

7pm. - ketibaan pelajar
8pm. - ketibaan jemputan
8.30pm - ketibaan YBM
9pm. - ketibaan YAB PM
- lagu Negaraku
- doa
- ucapan YBM
- ucapan YAB PM
- pelancaran YSS
- penyerahan watikah perlantikan 'Univ Ambassador'
- penyampaian cenderamata
- sidang akhbar
- sesi teh tarik bersama PM
10.45pm - bersurai...


Latar Belakang YSS

YAYASAN SUKARELAWAN SISWA (YSS) telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 24 Ogos 2011

Objektif penubuhan YSS adalah bertujuan merancang, melatih, mengurus serta memantau pelaksanaan program kesukarelawanan dan kemanusiaan yang diterajui oleh mahasiswa Malaysia, dalam dan luar negara

Pihak YSS akan merekrut, melatih dan menghantar mahasiswa Malaysia sebagai sukarelawan untuk berkhidmat kepada masyarakat

Tugasan mahasiswa yang terpilih sebagai Sukarelawan iaitu:

a. Melaksanakan promosi untuk menarik minat masyarakat dan mahasiswa mengenai kepentingan terhadap kerja-kerja kebajikan dan kesukarelawan
b. Membantu dalam perlaksanaan program/projek di dalam dan luar negara
f. Sentiasa peka dan mampu memberikan maklumbalas mengenai isu-isu yang berlaku dalam mengenalpasti bantuan dan bentuk kesukarelawanan yang boleh dimanfaatkan
e. Menganalisa dan menyediakan laporan keberkesanan program sesudah perlaksanaan (post mortem)


Oleh yang demikian, setiap sukarelawan mestilah melaksanakan tugas dengan:

-Penuh rasa tanggungjawab dalam segala bidang tugas yang ditetapkan serta mempunyai minat yang mendalam terhadap kerja-kerja kebajikan dan kesukarelawanan
-Berkebolehan merancang, mengatur dan memotivasikan pasukan serta mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal
-Berdikari, aktif, berdaya usaha, kreatif dan pintar serta berkebolehan menyelesaikan masalah dan sanggup
menghadapi cabaran dan tekanan serta bersifat strategis
-Amanah dan ikhlas melaksanakan objektif serta sentiasa bersikap positif dan mementingkan kualiti dan output sesuatu program yang dijalankan
-Keperibadian yang unggul dan berwibawa dan sentiasa menjaga nama baik yayasan dan mahasiswa
-Mencapai objektif dan unjuran yang ditetapkan serta boleh bekerjasama dalam satu pasukan.


Sukarelawan hendaklah memupuk sifat untuk:


-Memberi khidmat dan keutamaan kepada masyarakat melebihi diri sendiri dengan penuh kerendahan hati
-Memberi khidmat dan keutamaan kepada rakan sukarelawan melebihi diri sendiri dengan penuh kerendahan hati
-Memberi khidmat dan keutamaan kepada keluarga melebihi diri sendiri dengan penuh kerendahan hati


ENAM AKTIVITI DAN PROGRAM UTAMA

a) Terlibat dalam kempen dan aktiviti bersama mahasiswa di universiti dan kolej serata negara untuk
mengenalpasti mahasiswa yang layak dan berkebolehan dalam membentuk pasukan Sukarelawan YSS di setiap IPT
yang akan diaktifkan sepanjang masa mengikut IPT, kawasan, daerah, zon dan negeri

b) Mengenalpasti bantuan dan memberi khidmat kesukarelawananan yang diterajui oleh YSS dalam dan luar negara

c) Mengenalpasti organisasi kemanusiaan yang memerlukan dan memberi khidmat kesukarelawananan dengan menghantar sukarelawan YSS bagi membantu mencapai objektif mereka

d) Menganjurkan aktiviti kemasyarakatan bagi memungut derma untuk membantu Sukarelawan memahami setiap perkara adalah terhasil melalui pengorbanan, usaha dan titik peluh kita sendiri

e) Menganjurkan Perhimpunan Sukarelawan Mahasiswa Malaysia serta memberi Pingat Khas Sukarelawan Kesateria yang akan diadakan setahun sekali bagi menilai, merangsang dan sekaligus mengukuhkan penglibatan mahasiswa untuk
berkhidmat kepada masyarakat

f) Membantu dan menyokong Sukarelawan YSS dalam penempatan pekerjaan selepas mereka tamat belajar dan
seterusnya mereka mampu meneruskan aktiviti kesukarelawan dan membawa kualiti yang telah diterapkan dalam
kehidupan mereka

Selain melibatkan diri dengan aktiviti kesukarelawanan, kemasyarakatan dan kemanusiaan yang diinisiatifkan oleh pihak YSS sendiri, Sukarelawan YSS turut dihantar untuk membantu aktiviti organisasi sukarelawan yang lain sekiranya terdapat keperluan

Perhimpunan Sukarelawan Mahasiswa Malaysia diadakan setahun sekali untuk mengiktiraf penglibatan dan khidmat setiap Sukarelawan YSS

Manakala Pingat Khas Sukarelawan Kesateria adalah anugerah yang berprestij dan eksklusif khusus untuk Sukarelawan YSS dan hanya dianugerahkan kepada seorang Sukarelawan YSS yang terpilih setiap tahun

Bantuan penempatan pekerjaan ini dikendalikan oleh YSS sebagai suatu khidmat bantuan kepada Sukarelawan YSS yang memerlukan tetapi ianya bukanlah tanggungjawab utama YSS

Panglima : terima kasih kepada pengirim email dan bbm.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate