Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Mac 2012

Blogger Din Turtle Dibantu Unit Media Baru Dan Kisah Parasit Dalam UMNO cc @NajibRazak @tunfaisal


Cerita sedih blogger Din Turtle menghadapi masalah laptop akhirnya mendapat perhatian dan bantuan jentera Pemuda Umno bawah kendalian Unit Media Baru Tun Faisal Ismail. Beliau akhirnya diberi laptop untuk terus menulis di alam maya mempertahankan negara.

Tahniah kepada UMB yang menjalankan amanah dan ia bukti kesungguhan UMB membantu blogger walau jauh dari Pantai Timur, asalkan saja perjuangan dan matlamatnya.

UMB sebenarnya membantu dan telah berjaya menghimpunkan semua blogger sebelum ini. Nama besar dalam dunia blog hari ini majoritinya pernah bernaung dan tidak salah dikatakan hasil dari kilang UMB.

Namun pilihan untuk berdiri atas kaki sendiri tidak menjadi penghalang kepada UMB membuka pintu kepada mereka yang tidak suka terikat dan menerima arahan.

Walaupun blogger tersebut yang paling banyak merasai peruntukan UMB bahagikan berbanding Panglima sendiri.

Namun kesetiaan kepada parti keramat UMNO tidak menghilangkan semangat Panglima untuk membantu UMB hingga ke hari ini!



UMB tidak pernah menjanjikan apa-apa untuk membantu mereka dan jika ada ketika itu sedikit duit elaun menjadi fasi yang cukup untuk makan minum dan minyak kereta naik bukit Janda Baik mengajar ilmu perang maya kepada jentera parti seluruh Malaysia.

Meskipun begitu perkara yang dirasakan tidak betul turut ditegur dengan hikmah oleh Panglima seperti isu Pas Media. Alhamdulillah pimpinan UMB menerimanya dengan memberi jawapan yang sepatutnya.

Maka jika ada orang mahu melemahkan jentera parti ini, samada blogger atau ahli parti, bagi Panglima yang daif ini, ia satu tindakan yang tidak akan dilakukan oleh pejuang tulen UMNO yang jika ditoreh darahnya akan keluar darah merah Umno.

Mereka yang suka melihat parti lemah sudah tentu tidak layak digelar jentera parti yang setia walau menjadi AHLI UMNO dan ada jawatan dalamnya.

Jika dalam PAS ada parasit maka jangan kita tidak sedar bahawa dalam UMNO juga tidak mustahil akan muncul juga jenis tersebut untuk merosakan parti dari dalam dan dalam diam.

Yang bodohnya jika ada orang bergelar pemimpin memeluk mesra golongan ini demi kepentingan diri dan masa depan mendaki puncak hieraki politik sehingga menjadi punca jentera parti semakin lemah dan musnah.

Mereka ini jika ditemui dan dikesan, tidak kira Menteri, Timbalan Menteri atau Ketua Agensi pasti akan dihukum Allah atas perbuatan mereka sendiri yang pentingkan jawatan dan diri bukan memikirkan masa depan parti.

Demi Allah tidak ada gerun dan takut sedikitpun dalam diri Panglima kepada kuasa yang mereka miliki kerana ia milik Allah jua dan akan ditarik olehNYA bila-bila masa jika pemegang amanahnya alpa.

Janganlah kita mendabik dada dengan kuasa, tetapi rendahkanlah diri dan hati kepada umat manusia agar kita menjadi khadam umat, bukan sebaliknya.

Lihat bagaiman rentak tari politik YAB Perdana Menteri yang gigih ke segenap ceruk kampung dan bandar menemui rakyat untuk membantu mereka yang melarat dan mempunyai hajat.

Demi Allah! perjuangan kebenaran sangat sukar namun jangan mudah berputus asa memerangi lawan dan menyingkirkan kawan jenis parasit yang suka menumpang dan menghidupkan diri walau menyebabkan pokok parti perjuangannya mereput dan akhirnya mati.

Mari bersama-sama kita bersatu membela kebenaran bukan membesarkan WANG PEREMPUAN ATAU JAWATAN.

Bersatu Bersetia Berkhidmat - kepada dan hanya untuk UMNO selama-lamanya

Moga Allah baiki hati kita semua Insya Allah.

Mohon ampun dan maaf jika tulisan ini mencederakan perasaan dan jiwa sesiapa yang terasa...

Wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.2

1 ulasan:

Suara Ampang Puteri berkata...

Saya nk ipad2. Kalau penjual ubat kuatPun Di taja oleh BN Dan UMB inikan pula yg Blogger2 berjuang tanPA imbuhan.

Cari Blog Ini

Translate